Apa khabar!
WEEE WEE WEEE!
SELAMATTT HARI RAYAAAAAAAA!
Satu perkara yang aku perasan kalau hari raya adalah:
1. aku mesti bangun terlebih awal dari waktunya walau penat macam manapun
2. bangun pagi, sure tersengih2 macam kerang busuk
3. tak payah tunggu mak aku membebel, rajin pulak aku pegi mandi, gosok gigi, pakai baju, cantik2..perangai mengalahkan budak kecik 6 tahun..-______-
dan hari raya jelah, kau umpama di benarkan pakai baju paling cantik untuk dipakai di dalam rumah sendiri. i mean, come on, selama ni, ade kau pakai baju labuci kain viscose rose apo bondo tu untuk kau pakai sambil cuci pinggan kat dapur?
TAKDO KAN?
see? specialnya hari raya. hari yang memberi kita peluang buat benda yang tak pernah/jarang kita buat.
specialnya jugak raya ni sebab kalau selama ni, kau makan kecah2, sebutir nasik jatuh atas meja, mak kau dah jegil mata mencecah 360 darjah, sambil riak wajah dah umpama HAIPPPP...KUTIP BALIK NASIK TU. AKU KATA KUTIP! - ini baru riak wajah. belum dia bukak mulut dan melontarkan vokal high tone punya.
tapi, cuba kau tengok masa raya, bukan setakat bijik nasik. dua ketul besar penumbuk nasik impit jatuh atas karpet (SAH-SAH LAH KAPET BARU KAN...), ehh...takpeee...mak tak marah...raya2 ni, tak elok marah2...
tu belum kau kira segala serdak kuih tart yang berselerak atas kapet (SEKALI LAGI KAPET BARU), mak kau tetap manis muka lagi...untung2, siap dapat duit raya lagi kau...
ha..tengok? indahnya beraya ni kan?
![]() |
"Lembu Samad naik minyak lagi???...Kelasss kau..aku memang suka bergossip pagi raya nih!" |
pegi rumah orang pun sama. ade je lah perangai jelik yang kau buat, tak kira bengkeng macam mana pun tuan rumah tu selama ni (tak payah kata selama ni, sehari sebelum raya pun, terserlah jiwa bengkengnya tu), tetap layan kau penuh kemanisan umpama sirap selasih.
cuba kalau bukan raya? belum kau buat aksi jelik, awal2 dia dah jerit kat muka kau!
indahnya berayaaaa....
![]() |
"Hey mambang! sudah sudah lah tu...aku pulak nak nyekek nih. kang aku pulak naik minyak" |
tapi satu je lah...
aku selalu cuba mengubah dasar sambutan beraya orang Melayu kita ni. budaya memberi duit raya.
no.
don't take me wrong. aku tak against budaya ni.
sape tak suka dapat duit raya?
aku sukaaaa.......SUKA KOTTT..
cuma satu je yang aku nak tukar,
KALAULAH KITA NI IKUT BUDAYA ORANG CINA....
sape2 yang tak kawin lagi, (seperti aku gamaknya), adalah TERKECUALIII DARI MEMBERI DUIT RAYA!
dan wajib DIBERI DUIT RAYA tidak kira umurnya atas tuntutan budaya.
wahhhh....
yang ini aku suka.
pleasee....
saya orang susah...
gaji saya kecil......
saya duduk dalam kategori miskin bandar............-_____________-
BISKOT BERCAKAP: Selamat hari raya aidilfitri. Maaf zahir dan batin. semoga dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat. dan semoga bertemu lagi kita dengan ramadhan yang telah berlalu pergi...insya'allah.
Categories:
Post a Comment