Apa kabar?
yashhh...tadi aku dah rasa macam sebahagian dari babak fast & furious 5. aku adalah paul walker versi cantik. puiii.
![]() |
abe google, makasey dehh.. |
8.10pm
seorang gadis cantik sedang memandu pulang untuk berbuka puasa. terlajak berbuka sebab ralit dok belek buku percuma kat kedai buku popular. (sumpah aku tak tipu)
8.12pm
Gadis cantik masih memandu sambil tangan kiri memegang segelas air juice bersaiz POWER 60ml (ehh..aku rasalah) sambil tangan tersebut jugaklah yang gigih menggagau sandwich berperisa alfalfa.
8.12.20saat
gadis cantik memandu di highway guthrie di lorong kanan. kelajuan pada masa itu adalah sekitar 90km sejam. ok lah tu. aku tgh makan, minum, bawak kete lagi. kau ingat aku robokop merci bukop?
8.12.23saat
seekor kereta hamlau, bernombor plate PY 44 (aku rasalah. tapi P adalah pasti. 44 jugak pasti), dengan bangga dan takde segan silu, bagi salam, dok tail-gated aku. lek lah bang. kau tu dah terlebih laju. ini malaysia. bukan morroco. kau cucuk2 pun, ade aku kesahh? sambil kunyah roti. aku mmg buat kering hati je. sama kering dgn badan aku. puiii. ingat aku takut ngan kete kau?
8.12.26saat
ewah. dia sudah lebih...aku tak berkalih tempat pun, tapi dia ni dah yakin sangat. keyakinan dia memang tinggi habis, dia konfiden rapat belah kanan ala dah nak langgar divider nak potong aku. potonglah. potong divider tu sekali. nak jugak aku tgk kebal sangat ke kete buatan nasional ni?
8.12.31saat
binawe. dia potong jugak. sebelum kereta cantik aku terguris, baik aku berkalih sikit. jangan main dengan si bodoh. aku pun sama jadi bodoh nanti.
8.12.35saat
si hamlau berjaya memotong dengan cara paling keji. aku ingat setan kena rantai bulan2 puasa ni. ade jugak yang terlepas. kau ingat, dengan tangan aku yang dah serba penuh dengan segala air, roti, mulut dok mengunyah, harap tangan kanan je dok memandu, aku akan beralah dengan si hamlau 44 ni? silap lah kau. aku rasa orang teraniaya seperti aku, perlu menegakkan keadilannn...
PUTARAN HALILINTARRRRR!
aku sumbat baki roti dalam mulut, aku flash lampu kasi 4 kali, aku hon panjang sket, aku tekan minyak, ayuh. aku nak tgk, hebat sangat kah kau ni?
aksi aku mengejar kereta MEMANG-PATUT-MATI (PY 44) berlangsung sepanjang perjalanan sampailah aku selamat sampai rumah. nasib aku aku tak ajak shaiton ni singgah minum sirap.
aku tak tahu dia ni ingat ke tak yg dia pedajal kereta aku earlier, lepas masuk smart tag, dia yang kat depan aku, aku bantai berusaha kejar lagi. aku bukan ape, niat aku nak memberi pengajaran kepada budak2 yang baru dapat lesen dan ade tersebek sticker P bersaiz lagi besar daripada muka dia sendiri untuk mematuhi undeng2 jalan raya. jangan memandu laju dan merbahaya di jalan raya.
atas dasar kesedaran ini, aku pun secara konsistent menekan pedal minyak dengan berhemah, mulut memaki, tangan dok berayun2 umpama tengah berdebat. aku mmg cucuk lah balik kereta dia. pay-back-time lah katakan. ingat. niat untuk memberi pengajaran...ingat yerr...
sambil cucuk, aku kasi lampu barang sedas dua. dia pun main break. tapi sorry, nampak sangat kau amateur. dik..kau kalau tak tahu nak beza mana satu clutch, mana satu break, kau tak payah nak berangan nak memandu umpama nak berlatih sebelum audition babak lumba haram filim GENGSTER LAH LAGI pulak!
sorry. tektik kau tak berkesan. kau gopoh sangat. ayah aku dah trained aku dari kecik camne nak buat tektik tu. bOOOhoooo!
mungkin sedara diri dia bodoh, dia pun bantai berenti kat lane kiri lebuhraya. bodoh tak? kau pegi berenti. hello. kat situ, lorong motosikal pun takdo tau! nampak sangat goyang. rupanya, ada dua ekor si-pegi-mati nih.
dia berenti, habis, takkan aku nak turun berenti dan pegi ajak datang beraya rumah kan? aku pun dengan muka kalih eksyen, memandu dengan gaya tersendiri. tak begitu laju, sebab aku kan berhemahh. haha.
budak ni, alahai, ade hati lagi nak kejar. tapi dia cuma pintas and blah camtu. cuak ahh tu. sorry. kau depan aku, aku mmg lagi suka nak cucuk kau. hahahRGHHH
sampai tol, aku mmg cucuk dia. lepas tol kedua, dia tak tahan, (ketar lutut barangkali), terus amik kiri tol, berhenti. mungkin tarik napas, sebab tadi dok kemam mulut tahan napas?
eh budak.
kau dengar sini.
kau jangan nak berlagak sangat. kau ingat kete kau hebat? puii. sorry lah. kalau pun hebat, KALAU lah ye, kalau pun hebat, kau tak hebat mengemudi kereta kau, baik kau balik, pegi cuci spender roti kirai kau tuh.
adik-adik,
janganlah jadikan jalanraya sebagai tempat kita berlumba. sekiranya terpaksa (mesti ada alasan kukuh), silakan. tapi atas risiko sendiri. macam ah-kak, ah-kak mahu memberi pengajaran secara kejam. biar dia belajar dari pengalaman ini.
lagi satu, kau jangan ingat org perempuan boleh di buli di jalan raya. kau tu yang pegi duduk mengait kat balai raya sana.PEGI! puiiii!
Categories:
Post a Comment