Apa khabar?
![]() |
mujur lah ado Mr Google. terima kasih yaaaa... |
pagi-pagi dah dapat SMS. terus rasa nak PMS.
"you takde nak kasi i hamper kuih raya ke tahun ni?"
eh..orang sekarang ni memang akan mintak hamper kat orang? bukan ikut ikhlas orang nak kasi atau tak?
.................................................
ramadhan lepas, aku gatal2 pi bagi hamper buatan sendiri (sumpah hebat dan cantik!) kat orang2 yang banyak berjasa (pada masa tu lah) pada aku.
tahun ni, aku naik syeh pulak buat hamper. tak kira raya ape. aku main sebat jerrr! ini kiranya mata pencarian sampingan aku. aku bukan buat charity ok.
kau ingat aku buat semua tu, pakai air liur yang ditenun dan menjadi riben organza? tidak bukan? aku bukannya ulat beluncas. ulat gonggok lagilah tidak.
si hamlau yang hantar sms pagi2 buta ni, tidak lain dan tidak bukan, bos aku yang kedekut piauuww. kalau bleh, semua benda, dia nak mintak belas ihsan orang.
pernah sekali dia tanya aku depan staff lain (NOTA: suara dia kuat macam petir ok.)
si kedekut: ehh..you tak nak kasi anak2 i duit raya ke tahun ni? (masa ni tahun 2011, bulan march. raya apo? pilihanraya? jalan raya? kalau kau mahu makan tanah jalanraya, silakang, silakang..
aku: anak you yang empat orang tu ke? yang dah besar tempayan tu? baik saya sedekah kat anak yatim piatu. kurang2, raya diorang meriah sikit. pahala, insyaallah dapat jugak. u pun baik bersedekah. mana tahu, murah sikit rezeki. takde lah sampai mintak duit raya kat orang. takde kelasss youuuu aww awww.
..............................................
sebut pasal si kedukut ni (aku tahu puasa. tapi aku tak dapek nak tahan nih)
1. dia ni punya kedekut. pernah sekali dia belikan nasik lemak 6 peket untuk staff kerani yang tunggang terbalik buat kerja dia kat opis. itulah pertama kali kejadian. hujan lebat dan ribut petir lantas mengiringi kejadian tersebut. nasib tak banjir je lagi. puiii
2. dia soh aku jumpa dia kat oldtown belakang opis aku untuk discuss pasal satu project. wah. mulut manis, pelawa aku makan. order..order..meh makan. amik air berulang. pong pang pong pang, dia tgk jam 12.30 tgh hari..."ehh..dah 12.30, nak kena amik anak i dari sekolah..so, you just proceed with the paperwork ye. edit lah mana yang patut..."
sambil dengan bergaya (bergayakah kau setan???!!) mengambil kunci kereta atas meja, sisipkan dalam poket seluar (kantoi kau dah tahu dia ni jantan bukan? hahaha. ade aku kisah???) dan sambil nak melangkah, dengan gaya ala pierce brosnan:
" you settle bill ye..thanks" (muka confident)
ok. (mencarut dalam hati. berbakul).
ini baru 2 daripada 16,000 perbuatan keji dia. yang heran, aku lah yang selalu jadi mangsa. why me? why me? why...why...why...?
aku nak pesan, kau takkan jatuh muflis hanya dengan belanja orang makan. takkan luak de rezeki kau. takkan punya. Allah dah kasi rezeki kau tu, sepadan dengan gaya usaha, kebolehan kau. kau jangan nak kona sana sini cakap kau takde duit.
kalau iye pun kau takde duit, kau duduk diam2, jangan kacau orang boleh? kau mahu makan sepak? mahu? aku ni garang jugak bedol!
BISKOT BERCAKAP: kepam sangat duit kau bawah bantal, esok2 mati, bini kau jugak yang kayo. kawin dengan laki baru yang kacak, bergaya. puii. padan muka kauu!
Categories:
Hahahahha!! Suh boss ko lepak ng aku.... Meh sini aku bankrapkan dia
aku takut kau dengan dia, sama-sama bengkrap kat situ. habis, kau nak gadai spender kau kat mamak khulafa? laku kah? puii