• Quisque fermentum

    Sed eu augue tellus, nec feugiat nisl. Fusce congue rutrum pharetra. Aenean sed turpis tortor, id pellentesque augue enim, tristique.

  • What we do

    Sed eu augue tellus, nec feugiat nisl. Fusce congue rutrum pharetra. Aenean sed turpis tortor, id pellentesque augue nibh enim.

  • About Us

    Sed eu augue tellus, nec feugiat nisl. Fusce congue rutrum pharetra. Aenean sed turpis tortor, id pellentesque augue.

  • Apa khabar?

    Dah lebih kurang 22 jam berlalunya raya pertama. 

    kamu punya raya ok?

    aku rasa, kali ni raya aku best sikit. sebab aku bikin ribut pagi2 tadi, pegi humban semua pinggan mangkuk corelle (ehh..camni ke eja?) yang dah rupa macam pinggan bagi kucing makan - PERLU KE MENTION CORELLE? haha. feeling2 ala 'inilah masanya aku nak menayang pinggan mangkuk beserta bekas lauk mahal dari seberang laut' maka, aku pegi tukar semua set meja makan (bahasanya..indah bukan?) kepada set yang aku nak. adik aku tengah membedal nasik impit pun, aku perambat soh makan tempat lain.

    feeling2 glam kan aku?

    hahahha.


    sorry ye. family aku bukan jenis macam tu. pinggan mahal atau tak, bukan ukuran.

    kalau beli mahal, bukan sebab nak menayang dengan jiran sebelah menyebelah, tapi beli mahal sebab berbaloi. berpuluh tahun kot pinggan elok boleh bertahan, kecuali hobi kau membaling pinggan ala freesbie tepat ke dahi laki kau, itu aku tak campur daaaa...


    apa ada pada pinggan?

    pinggan je kot. janji boleh makan.

    OK...........
















    aku tipu......
















    material pinggan penting ok. itu kau jangan abaikan. pinggan melamin, kau guna banyak kali, lebih baik umpama kau rodok lilin hari2 cicah sambal belacan. begitulah umpamanya.

    barang berkualiti, elok, tak semestinya mahal. tapi, selalunya, kalau kau dah jual mahal, make sure lah barang kau berkualiti. jangan pakai 6 kali, kali ketujuh, dah boleh buat alas pasu bunga. tokei babi pun boleh bengkrap macam ni oii...

    jadi, tak semestinya orang pakai barang branded, mahal, sebab dia nak menunjuk. mungkin sebab dia nak yang terbaik dalam hidup dia. orang2 yang bersifat macam ni, selalunya, dok ada set pinggan tu je lah dalam gobok dia. sebab dia beli mahal, dia pakai. bukan simpan sampai retak. itu kurang bijak namanya...

    sebut pasal branded, cerita aku ni, sumpah takde kena mengena dengan raya. tapi kalau kau rasa dah takde kerja dan rasa nak mantapkan pemikiran kau, kau bolehlah cari kerja dengan relatekan cerita aku ni dengan raya. kalau lah....-____________-





    kalau aku makan pakai tray sepital ni pun, style ape. ape kau sebok?! bluek



    ******************************************



    aku pernah mentioned pasal bos kudukut macam kuda dalam entry before this. bos aku ni jantan.


    aku tak nampak ciri gay-ish, bapuk-ish, kunsa-ish pun takdo.


    tapi suka membelek orang dari atas sampai bawah.


    ohh..maybe sebab aku howtt...jadi dia cuba untuk menjadi lelaki sebenar dan menunjukkan sifat buaya darat nya. PUIIIIIIIIII.......




    "YOU MEMANG TAKDE KASUT LAIN EKK? I TGK YOU SELALU JE PAKAI KASUT NI JE"




    1. kasut aku pun kau sempat kebek? duhhhh..jangan lah tunjuk suka sangat.....puiii


    2. sape kau nak sebok2 hal aku? ade aku cakap kenapa buckle belt dia besar macam pesen kegemaran mat rempit? atau kenapa kau asyik dok ulang suar slack yang sama sampaikan dah naik nipis kain belah bontot kau tu? ado aku tanya dia? takde kannn?


    "OH..THIS IS MY 18TH KELARKS. ITS NOT THAT I DON'T HAVE OTHER SHOES, BUT WHEN I BUY ONE, I'LL MAKE SURE THAT ITS WORTH BUYING" 


    - ohh mannn. percayalah. aku cakap ni dengan muka angkuh, mata ke atas, gaya bitchy, accent mana entah aku pinjam kejap. 


    dengan orang macam ni, kadang2, tak berbaloi untuk kau merendah diri.


    orang macam ni kau kena ajar.


    bukanlah clarks tu mahal sangat, tapi itu je aku mampu dan ianya selesa. dan semestinyalah aku tipu dia. mana ada 18. kau ingat aku ni dah takde matlamat lain dalam hidup selain membazir beli kasut?


    ado lah 5 6 pasang je. tapi memang, kalau aku beli, aku akan make sure aku akan pulun dalam setahun. jarang sangat aku tukar kasut lain.


    tapi takdelah pulak aku biarkan kasut yang lain terkulai layu.


    der...mahal sangat ke?


    DALAM HATI: harap2, betul lah formula aku nih. kesian cikgu Tan mengajar aku, sampai la benak, Tuhan je tahu -_______-





    bukan kah bijak membeli kasut yang santek dan selesa? daripada kau beli kasut ala2 mampu milik, tapi sebulan, 4 kali kau kena beli sebab tumit patahlah, kulit bercendawan, pencangkuk terkupil, dan lain2.


    jadi, jangan judge orang, dari jenama yang dia pakai. munkin dia sebenarnya nak eksyen dengan kau, tapi, ade jugak yang jelita, baik, rendah diri dan membeli kerana ianya alah membeli, menang memakai....(aku lah tu..aku lah wei..aku...aku..)






    BISKOT BERCAKAP: kadang2, aku ngan mak aku, hentam makan dalam pinggan besi yang kadang2 orang buat gaul nasik kasi kucing makan...-_____________-













    [......]

    Apa khabar!


    WEEE WEE WEEE!

    SELAMATTT HARI RAYAAAAAAAA!

    "MARI KITA NYEKEKKKKK!" - sila tiru gaya sudin seniman bujang lapok. ishh ishh ishhh


    Satu perkara yang aku perasan kalau hari raya adalah:
    1. aku mesti bangun terlebih awal dari waktunya walau penat macam manapun

    2. bangun pagi, sure tersengih2 macam kerang busuk
    3. tak payah tunggu mak aku membebel, rajin pulak aku pegi mandi, gosok gigi, pakai baju, cantik2..perangai mengalahkan budak kecik 6 tahun..-______-

    dan hari raya jelah, kau umpama di benarkan pakai baju paling cantik untuk dipakai di dalam rumah sendiri. i mean, come on, selama ni, ade kau pakai baju labuci kain viscose rose apo bondo tu untuk kau pakai sambil cuci pinggan kat dapur?
    TAKDO KAN?

    see? specialnya hari raya. hari yang memberi kita peluang buat benda yang tak pernah/jarang kita buat.
    specialnya jugak raya ni sebab kalau selama ni, kau makan kecah2, sebutir nasik jatuh atas meja, mak kau dah jegil mata mencecah 360 darjah,  sambil riak wajah dah umpama HAIPPPP...KUTIP BALIK NASIK TU. AKU KATA KUTIP! - ini baru riak wajah. belum dia bukak mulut dan melontarkan vokal high tone punya.

    tapi, cuba kau tengok masa raya, bukan setakat bijik nasik. dua ketul besar penumbuk nasik impit jatuh atas karpet (SAH-SAH LAH KAPET BARU KAN...), ehh...takpeee...mak tak marah...raya2 ni, tak elok marah2...
    tu belum kau kira segala serdak kuih tart yang berselerak atas kapet (SEKALI LAGI KAPET BARU), mak kau tetap manis muka lagi...untung2, siap dapat duit raya lagi kau...

    ha..tengok? indahnya beraya ni kan?

    "Lembu Samad naik minyak lagi???...Kelasss kau..aku memang suka bergossip pagi raya nih!"



    pegi rumah orang pun sama. ade je lah perangai jelik yang kau buat, tak kira bengkeng macam mana pun tuan rumah tu selama ni (tak payah kata selama ni, sehari sebelum raya pun, terserlah jiwa bengkengnya tu), tetap layan kau penuh kemanisan umpama sirap selasih. 

    cuba kalau bukan raya? belum kau buat aksi jelik, awal2 dia dah jerit kat muka kau!
    indahnya berayaaaa....


    "Hey mambang! sudah sudah lah tu...aku pulak nak nyekek nih. kang aku pulak naik minyak"



    Aku pun sudah tak sabar mahu nyekekkk..sudah berapa kali aku bergambar sama ini dua bocah medut. aku lagi khuatir mas andy ngesyakin aku sudah bernikah lalu punyai dua anak. aduhhh..aku lagi bingung.....IYAAA...CEPETTTT LAH ORANG TUA!...AKU LAGI LAPAR INI...bingungggg....

    tapi satu je lah...
    aku selalu cuba mengubah dasar sambutan beraya orang Melayu kita ni. budaya memberi duit raya.

    no.
    don't take me wrong. aku tak against budaya ni. 

    sape tak suka dapat duit raya?
    aku sukaaaa.......SUKA KOTTT..

    cuma satu je yang aku nak tukar, 
    KALAULAH KITA NI IKUT BUDAYA ORANG CINA....


    sape2 yang tak kawin lagi, (seperti aku gamaknya), adalah  TERKECUALIII DARI MEMBERI DUIT RAYA!
    dan wajib DIBERI DUIT RAYA tidak kira umurnya atas tuntutan budaya.



    wahhhh....
    yang ini aku suka.


    pleasee....
    saya orang susah...


    gaji saya kecil......
    saya duduk dalam kategori miskin bandar............-_____________-




    BISKOT BERCAKAP: Selamat hari raya aidilfitri. Maaf zahir dan batin. semoga dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat. dan semoga bertemu lagi kita dengan ramadhan yang telah berlalu pergi...insya'allah.
    [......]

    Apa khabar?





    curik lah kalau kau berani. haipppss. biasa nihh!


    Sempena dengan sambutan kemerdekaan negara dan jugak perayaan Hari Malaysia, aku dah letak badge jalur gemilang kat header aku YO! 
    memang setakat letak bendera, takde membawa ape2 perubahan kepada dasar ekonomi negara, takkan mengubah struktur sosial, politik dan sebagainya. tapi sekurang-kurangnya, aku ingat yang aku ni warga Malaysia! YO!

    sebagai penduduk asal negara ini, Tanah Melayu ni, aku kenalah ambil tahu pasal negara aku, memajukan diri demi negara aku. pertahankan negara dari serangan luar dan anasir jahat YO!

    sumbangan kecil, kalau kita pakat ramai-ramai kumpul, akan jadi satu kuasa besar! macam semut, anai-anai. pakat-pakat, pastu jadi hebat YO!

    merdeka bukan pergi konsert ambang nasik ambeng merdeka. merdeka bukan jugak kau pergi dataran merdeka atau check-in kat hotel merdeka palace. merdeka bukan jugak kau kibar bendera kat kereta, tapi kau pun tak tahu bila Jepun serang tanah melayu.

    merdeka bukan bermakna kau cakap bahasa melayu piau, kau tinggal kat malaysia seumur hidup kau, tapi kau langsung takde menyumbang ke arah pembentukan Malaysia yang lebih baik. tak payah nak sumbang ke arah Malaysia lah, sumbangan kepada pembentukan diri sendiri yang lebih baik pun, takdo. asyik melepek depan TV, tgk sinetron dari seberang, MERDEKAKAH kauuu?

    jangan ukur melayu-nya kau pada bahasa pertuturan. mungkin ada yang cakap english manjang, tak bererti melayu dia dah hilang. tak bererti dia tidak menyumbang kepada Malaysia. 

    jangan ukur kau melaung-laung kat dataran, sedangkan kami duduk kat pejabat kejarkan deadline, kau lebih hebat, lebih semangat melayu, lebih kononnya merdeka? 

    merdeka bukan setakat dimulut. bukan untuk dilaung sangat. tapi niat dan usaha ke arah memerdekakan diri pertamanya, barulah terhasil sebenar Malaysia yang merdeka! YO!





    BISKOT BERCAKAP: YO aku bukan YO YA AAWW..YO bak kata orghe-orghe di Kelate. YO LAH.

    [......]

    Apa khabar?







    agaknya, kat negara china skang, tgh musim sejuk kan?

    haish. 

    hari ni jumaat. ramai jugak yang dah start cuti raya. kamu dah start? gamaknya, dah ramai yang berbondong beratur kat highway PLUS, ELITE, KRU, NICO, 4U2C, etc untuk amik tiket tol, iye tak?

    aku masih kerja. rasanya aku je kot kat sini yang datang kerja bersungguh sambil cuba siapkan semua benda sebelum cuti. hebat tak bunyi kerjaya dan displin tinggi aku ini? puiiii

    antara benda yang aku cuba settlekan hari ni adalah segala urusan berkaitan dengan supplier/vendor. mana2 invoice yang pending, aku paksa jugak settlekan hari ni.

    sambil dok call sana sini, sempat jugak aku dok borak dengan cik siti, finance officer salah satu hotel best kat PD. saje nak nampak aku ni tak pushy sangat, aku bukak cerita pasal raya, mak bapak, mercun, ayam itik. 

    bukak cerita pasal mak, terus aku rasa dah dalam cerekarama pulak. pelakon utama, fauziah nawi yang kena dera. tak kena dera pun, yang asyik dok nangis2 sebab anak perangai macam kutu dadah.

    borak2, kitorang sepakat kata yang kita semua kena sayangi mak kita. mak ngan ayah kita. walau macam manapun, dahulukan mak kita. terutamanya anak lelaki. biasalah, kita ni, bila benda yang ada depan mata, kita akan buat bodo je. dah takde, baru nak tergagau-gagau.

    sama jugak dengan mak. time dia ada, kau sure rasa haishh...membebel je lah, ape lah. tapi, kalau dia tak bebel, tak lengkaplah ciri ibu dalam diri dia.

    aku selalu cuba untuk menghargai mak aku. aku cuba dahulukan keperluan dia melebihi segalanya walau kadang-kadang aku rasa geram pun ado. tapi aku pikir, mak aku dulu kerja keras berpuluh tahun membesarkan kami 6 beradik. kenapa kami 6 beradik, susah sangat nak jaga mak aku?

    tiap2 bulan, jadikanlah satu amalan untuk bagi duit poket kat mak dan ayah kau. tak perlu banyak. ikut kemampuan kau. yang penting, ikhlas. diorang ni, tak hadap pun duit kau. tapi rasa syukur dan doa mereka masa kau hulur duit tu lah, doa yang akan membantu kau senang di dunia dan akhirat.

    ingatlah. jaga mak kita. sejahat mana pun mak kita, dia lah yang membesarkan kita. yang melahirkan kita.

    anak-anak lelaki, ibubapa, terutamanya ibu, adalah tanggungjawab kamu. dah kawin, ada 4 bini pun, emak yang satu ni, tetap tanggungan kamu. janganlah kau menyusahkan mak kamu. janganlah kamu abaikan mak kamu. berdosa kau lupa tanggungjawab kau yang satu ni.

    bini-bini, kau pun, jangan nak membebel2, mengutuk mak mertua kau kat laki kau. wei. mujurlah kau dapat laki yang sayang mak dia. itu tanda dia bertanggungjawab. tanda dia ada harapan masuk syurga. untung2, dengan kau sekali dia seret bawak masuk syurga. tapi yang aku heran, kenapelah menantu pompuan suka sangat benci mertua? paling hebat, boleh marah2, kutuk2 mak mertua kat laki sendiri. "jangan nak lebihkan mak abang yerr..." PUIIII..longkanglah tempat kau wahai wanita.

    yang laki, kau pun janganlah carik bini yang ada unsur2 macam ni. kalau di takdirkan dapat, kau didiklah dia. itu tanggungjawab kau dowh. memanglah susah. sebab itu orang cakap, tanggungjawab jadi suami ni besar. sebab bini kau yang berperangai macam firaun tu, kau dengan senangnya masuk neraka free sama ngan dia. kau nak? kalau aku, baik aku lempang bini aku siap2 kat dunia ni, bagi dia insap (lempang ni adalah perumpamaan ok) sebelum aku, kau, semua satu keluarga pakat dok menyempit dalam neraka sana. watdeheyyl???

    aku berdoa, aku akan berpeluang jumpa dengan mak dan ayah aku, serta adik beradik aku, di syurga nanti. sebab aku tahu, merekalah yang terbaik yang Allah berikan dalam hidup aku.

    moh ler kita bergolok gadai (umpamanya) untuk mak dan ayah kita. belikan mereka susu anlene, masak untuk mereka, bagi makan yang terbaik, yang berkhasiat (kalau kau berkemampuan). pastikan keselamatan dan kesihatan mereka di tangga teratas. 

    ok. sedih aku. aku nak pi beli stock anlene gold jap lagi. bibik aku cakap, dah nak habis. 

    untunglah giant....lepas ni sure ramai yang beli anlene gold :P




    BISKOT BERCAKAP: tiap-tiap hari, pastikan kau salam mak ngan ayah kau (kalau kau tinggal sekali lah). ayah aku pesan, sebelum tido pun sama. mana tahu, masa tido kita mati, kita takkan sempat jumpa mereka lagi....:(
    [......]

    Apa kabar?

    yashhh...tadi aku dah rasa macam sebahagian dari babak fast & furious 5. aku adalah paul walker versi cantik. puiii.


    abe google, makasey dehh..



    8.10pm

    seorang gadis cantik sedang memandu pulang untuk berbuka puasa. terlajak berbuka sebab ralit dok belek buku percuma kat kedai buku popular. (sumpah aku tak tipu)

    8.12pm
    Gadis cantik masih memandu sambil tangan kiri memegang segelas air juice bersaiz POWER 60ml (ehh..aku rasalah) sambil tangan tersebut jugaklah yang gigih menggagau sandwich berperisa alfalfa. 

    8.12.20saat
    gadis cantik memandu di highway guthrie di lorong kanan. kelajuan pada masa itu adalah sekitar 90km sejam. ok lah tu. aku tgh makan, minum, bawak kete lagi. kau ingat aku robokop merci bukop?

    8.12.23saat
    seekor kereta hamlau, bernombor plate PY 44 (aku rasalah. tapi P adalah pasti. 44 jugak pasti), dengan bangga dan takde segan silu, bagi salam, dok tail-gated aku. lek lah bang. kau tu dah terlebih laju. ini malaysia. bukan morroco. kau cucuk2 pun, ade aku kesahh? sambil kunyah roti. aku mmg buat kering hati je. sama kering dgn badan aku. puiii. ingat aku takut ngan kete kau?

    8.12.26saat
    ewah. dia sudah lebih...aku tak berkalih tempat pun, tapi dia ni dah yakin sangat. keyakinan dia memang tinggi habis, dia konfiden rapat belah kanan ala dah nak langgar divider nak potong aku. potonglah. potong divider tu sekali. nak jugak aku tgk kebal sangat ke kete buatan nasional ni? 

    8.12.31saat
    binawe. dia potong jugak. sebelum kereta cantik aku terguris, baik aku berkalih sikit. jangan main dengan si bodoh. aku pun sama jadi bodoh nanti.

    8.12.35saat
    si hamlau berjaya memotong dengan cara paling keji. aku ingat setan kena rantai bulan2 puasa ni. ade jugak yang terlepas. kau ingat, dengan tangan aku yang dah serba penuh dengan segala air, roti, mulut dok mengunyah, harap tangan kanan je dok memandu, aku akan beralah dengan si hamlau 44 ni? silap lah kau. aku rasa orang teraniaya seperti aku, perlu menegakkan keadilannn...


    PUTARAN HALILINTARRRRR!

    aku sumbat baki roti dalam mulut, aku flash lampu kasi 4 kali, aku hon panjang sket, aku tekan minyak, ayuh. aku nak tgk, hebat sangat kah kau ni?

    aksi aku mengejar kereta MEMANG-PATUT-MATI (PY 44) berlangsung sepanjang perjalanan sampailah aku selamat sampai rumah. nasib aku aku tak ajak shaiton ni singgah minum sirap.

    aku tak tahu dia ni ingat ke tak yg dia pedajal kereta aku earlier, lepas masuk smart tag, dia yang kat depan aku, aku bantai berusaha kejar lagi. aku bukan ape, niat aku nak memberi pengajaran kepada budak2 yang baru dapat lesen dan ade tersebek sticker P bersaiz lagi besar daripada muka dia sendiri untuk mematuhi undeng2 jalan raya. jangan memandu laju dan merbahaya di jalan raya. 

    atas dasar kesedaran ini, aku pun secara konsistent menekan pedal minyak dengan berhemah, mulut memaki, tangan dok berayun2 umpama tengah berdebat. aku mmg cucuk lah balik kereta dia. pay-back-time lah katakan. ingat. niat untuk memberi pengajaran...ingat yerr...

    sambil cucuk, aku kasi lampu barang sedas dua. dia pun main break. tapi sorry, nampak sangat kau amateur. dik..kau kalau tak tahu nak beza mana satu clutch, mana satu break, kau tak payah nak berangan nak memandu umpama nak berlatih sebelum audition babak lumba haram filim GENGSTER LAH LAGI pulak!

    sorry. tektik kau tak berkesan. kau gopoh sangat. ayah aku dah trained aku dari kecik camne nak buat tektik tu. bOOOhoooo!

    mungkin sedara diri dia bodoh, dia pun bantai berenti kat lane kiri lebuhraya. bodoh tak? kau pegi berenti. hello. kat situ, lorong motosikal pun takdo tau! nampak sangat goyang. rupanya, ada dua ekor si-pegi-mati nih. 

    dia berenti, habis, takkan aku nak turun berenti dan pegi ajak datang beraya rumah kan? aku pun dengan muka kalih eksyen, memandu dengan gaya tersendiri. tak begitu laju, sebab aku kan berhemahh. haha. 

    budak ni, alahai, ade hati lagi nak kejar. tapi dia cuma pintas and blah camtu. cuak ahh tu. sorry. kau depan aku, aku mmg lagi suka nak cucuk kau. hahahRGHHH

    sampai tol, aku mmg cucuk dia. lepas tol kedua, dia tak tahan, (ketar lutut barangkali), terus amik kiri tol, berhenti. mungkin tarik napas, sebab tadi dok kemam mulut tahan napas?

    eh budak.

    kau dengar sini.

    kau jangan nak berlagak sangat. kau ingat kete kau hebat? puii. sorry lah. kalau pun hebat, KALAU lah ye, kalau pun hebat, kau tak hebat mengemudi kereta kau, baik kau balik, pegi cuci spender roti kirai kau tuh.

    adik-adik,

    janganlah jadikan jalanraya sebagai tempat kita berlumba. sekiranya terpaksa (mesti ada alasan kukuh), silakan. tapi atas risiko sendiri. macam ah-kak, ah-kak mahu memberi pengajaran secara kejam. biar dia belajar dari pengalaman ini.

    lagi satu, kau jangan ingat org perempuan boleh di buli di jalan raya. kau tu yang pegi duduk mengait kat balai raya sana.PEGI! puiiii!

    BISKOT BERCAKAP: mujurlah kereta aku baru lepas servis. nak sedapkan hati, ini adalah acara untuk menguji kecekapan kereta dalam ujian pemanduan merbahaya....ishh..ishh...ish..ihss..nanti makcik, bikin KOPIiiii................. 
    [......]

    Apa khabar?



    mujur lah ado Mr Google. terima kasih yaaaa...



    pagi-pagi dah dapat SMS. terus rasa nak PMS.

    "you takde nak kasi i hamper kuih raya ke tahun ni?"


    eh..orang sekarang ni memang akan mintak hamper kat orang? bukan ikut ikhlas orang nak kasi atau tak?


    .................................................


    ramadhan lepas, aku gatal2 pi bagi hamper buatan sendiri (sumpah hebat dan cantik!) kat orang2 yang banyak berjasa (pada masa tu lah) pada aku.

    tahun ni, aku naik syeh pulak buat hamper. tak kira raya ape. aku main sebat jerrr! ini kiranya mata pencarian sampingan aku. aku bukan buat charity ok.

    kau ingat aku buat semua tu, pakai air liur yang ditenun dan menjadi riben organza? tidak bukan? aku bukannya ulat beluncas. ulat gonggok lagilah tidak.

    si hamlau yang hantar sms pagi2 buta ni, tidak lain dan tidak bukan, bos aku yang kedekut piauuww. kalau bleh, semua benda, dia nak mintak belas ihsan orang. 

    pernah sekali dia tanya aku depan staff lain (NOTA: suara dia kuat macam petir ok.) 

    si kedekut: ehh..you tak nak kasi anak2 i duit raya ke tahun ni? (masa ni tahun 2011, bulan march. raya apo? pilihanraya? jalan raya? kalau kau mahu makan tanah jalanraya, silakang, silakang..

    aku: anak you yang empat orang tu ke? yang dah besar tempayan tu? baik saya sedekah kat anak yatim piatu. kurang2, raya diorang meriah sikit. pahala, insyaallah dapat jugak. u pun baik bersedekah. mana tahu, murah sikit rezeki. takde lah sampai mintak duit raya kat orang. takde kelasss youuuu aww awww.


    ..............................................


    sebut pasal si kedukut ni (aku tahu puasa. tapi aku tak dapek nak tahan nih)

    1. dia ni punya kedekut. pernah sekali dia belikan nasik lemak 6 peket untuk staff kerani yang tunggang terbalik buat kerja dia kat opis. itulah pertama kali kejadian. hujan lebat dan ribut petir lantas mengiringi kejadian tersebut. nasib tak banjir je lagi. puiii

    2. dia soh aku jumpa dia kat oldtown belakang opis aku untuk discuss pasal satu project. wah. mulut manis, pelawa aku makan. order..order..meh makan. amik air berulang. pong pang pong pang, dia tgk jam 12.30 tgh hari..."ehh..dah 12.30, nak kena amik anak i dari sekolah..so, you just proceed with the paperwork ye. edit lah mana yang patut..." 

    sambil dengan bergaya (bergayakah kau setan???!!) mengambil kunci kereta atas meja, sisipkan dalam poket seluar (kantoi kau dah tahu dia ni jantan bukan? hahaha. ade aku kisah???) dan sambil nak melangkah, dengan gaya ala pierce brosnan:


    " you settle bill ye..thanks" (muka confident)


    ok. (mencarut dalam hati. berbakul). 

    ini baru 2 daripada 16,000 perbuatan keji dia. yang heran, aku lah yang selalu jadi mangsa. why me? why me? why...why...why...?

    aku nak pesan, kau takkan jatuh muflis hanya dengan belanja orang makan. takkan luak de rezeki kau. takkan punya. Allah dah kasi rezeki kau tu, sepadan dengan gaya usaha, kebolehan kau. kau jangan nak kona sana sini cakap kau takde duit.

    kalau iye pun kau takde duit, kau duduk diam2, jangan kacau orang boleh? kau mahu makan sepak? mahu? aku ni garang jugak bedol!



    BISKOT BERCAKAP: kepam sangat duit kau bawah bantal, esok2 mati, bini kau jugak yang kayo. kawin dengan laki baru yang kacak, bergaya. puii. padan muka kauu!




    [......]

    Apa khabar?

    Aku lately ni dok menggeletik nak update blog. 

    geletik je lebih. buatnya tidak jugak.

    aku busy. mmg cliche bunyinya. lelah aku dengar. aku sendiri lelah. 

    ok. realistik sikit.

    aku memang busy do'ohh.

    dah.

    petang tadi, aku dengan langkah bergaya, menonong memandu pergi ke DEMC, buat check-up. angin takda, ribut takda. 

    berkepuk ke duit aku sampai pegi DEMC nak membuat checkup walhal aku tidak ada tanda2 seperti batuk, demam, gusi berdarah, berdarah manis ado lah.

    alasan aku pergi (ye, mungkin jugak feeling nak perabih duit kat hospital sewasta) adalah:



    ....................


    ....................
    ....................

    ....................


    "DOCTOR, I'M AFRAID OF HIGH!'



    Alih bahasa: "Tuan doktor, saya takut pada ketinggian. (poyo). Doktor. saya gayat dowh!"

    ape pandangan kau?

    kau rasa aku memang membazir duit ke?
    wei. aku sumpah tak tipu. aku memang gayat! 


    aku tahu, dalam hati kau sure bercakap buruk. mesti kau kata...'gile benak. gayat pun pegi DEMC' belagakkksss nak mampsss...

    itu hati kau cakap. ade hati kau duduk dalam hati aku dan merasakan kegayatan aku?
     tidak bukan? hatimu dan hatiku bukan kristal......*sepak...sepak..sepak laju-laju....(bawang besar nyanyi)


    FLASHBACK (tak payah nak the flash sangatt..atau flasher..bulan posa nih. mengucap)

    sepurnama lalu....

    situasi: jalan menonong pegi IKEA dengan kakak biskot kembang (gila jahat aku kata kakak aku kembang)

    dari jejantas curve nak masuk ikano, tiba-tiba mata aku terpandang bawah (tanda aku baru sedar aku jalan atas jambatan/jejantas/jejambat, jantung aku stop. mili-seconds. terus aku terhoyong hayang. rasa nak tumbang. mula lah aku dok meraba cari tempat nak berpaut kasih. non-ado.

    aku bukak langkah seribu..(langkah besar, bukan lari.)tapi, aku tengah takut. terketar. trembling. camno nak lari? aku nak merangkak. yes. aku nak merangkak. lebih selamat. dari aku pengsan kat sini.


    bukan sekali tu je nyah. banyak kali. tinggi sikit cepeh tu pun, aku dah ketar lutut, nak merangkak, berpeluh2 jantan, bapuk, pengkid, semua bercampur aduk. (puii).

    tak ke kau rasa letih, tiap kali kau jalan tempat tinggi sikit, kau nak pitam, lutut goyang, jantung berhenti. hoihoi. dari muka santek ala maya karin, dah muka lepat pisang aku ni tau. mana boleh jadi. ini tidakkk adilll! (gaya nafsu abdul wahab dan abdul wahib).


    naik escalator, konon sambil borak-borak dengan rakan seperjuangan. eceh, konon nak membuang pandangan. nak memandang sekeliling, hambik kau. aku terpandang tepi escalator, terus goyang, menggigil pegi entah mana pun aku tak tahu.

    jadi, kau tak rasa aku selayaknya pegi jumpa tuan doktor? dr ismadi? kalau aku sabariah. chombi pun boleh. kau sure tak paham kan? takpe. aku tak kisah pun. kahkahkaha


    situasi lain:


    aku skang ni, sejak 5 bulan ni, suka bebenor mountain biking. setakat cycling gears, dari hujung rambut sampai kaki, completo! 

    hari2, tiap2 jam 5.30, aku akan tukar unipom aku. dari gadis santek ayu, terus jadi ala tomboi keding. kehkeh. 

    kau bayangkan, aku yang hari2 main beskal, yang hari2 dok kayuh 4 jam, pakai baju spender sarung tangan bagai, tiba2, aku nak lompat naik beskal pun, aku jadi goyang. asyik nak tumbang. kayuh 3 langkah, bedebek, jatuh. jalan sikit, jatuh. ape ke bodoh benor aku ni? bukan setakat nampak bodo, nampak bangang pun iye jugak. pakai kalah m kumalarisari main beskal. naik beskal pun jatuh. tumbang. camno?
    jadi, tak entitle lagi ke untuk aku jumpa tuan doktor?


    "BASED ON YOUR BLOOD TEST, BLOOD PRESSURE, ETC, YOU ARE FIT. ABOUT YOUR PHOBIA, JUST LEARN HOW TO OVERCOME YOUR PHOBIA LAH..ITS PSYCHOLOGICAL LAH..WE DON'T HAVE MEDICINE FOR THAT.."

    OK. setepek di wajah jelita ku. di bulan remdan yang mulia ini.

    takpe. dia ingat aku main-main. 

    sipa kau tuan doktor! aku amik phd, aku belagak dekat kau! - tak relevant. no significant.

    tapi, paling best - rupanya DEMC adalah hospital panel. (rupanya lah sangat. bukan kau tahu? sumpah aku tak tahu). jadi, tak yah bayar. kiranya, purse aku masih tebal macam apam balik tebal!



    BISKOT BERCAKAP: jumpalah doktor dengan segera sekiranya anda rasa anda sakit. walau pun mereka memandang enteng dengan sakit anda, tabahkan hati. lepas ni, pegi sepital lain pulak. 
    bak kata Kementerian Kesihatan Malaysia: Utamakan Kesihatan Andaaaaaaa





    [......]

    Apa khabar?



    sejahtera malayyyyyyysiaaaaaaaaaa...............gambar dari corbis. di ambil daripada: http://aboutsabah.com/sabah-news/malaysia-52th-national-day/





    Bulan Ogos memang sinonim dengan merdeka. kemerdekaan negara kita, Malaysia.
    Apa itu merdeka?

    itu soalan lazim bila aku tgh interview kat TV (walaupun dah bertahun tak layan TV, tapi aku yakin kekdah sama masih diguna pakai).

    bukan setakat interview TV, kat surat kabar, kat majalah, blog, mana-manalah..termasuklah aku pong tanya soalan sama (tapi sebab aku nak cakap kenapa orang selalu tanya apa itu merdeka, maka aku pun tanyalah kepada kamu..apa itu merdeka?..kamu paham ke tak?)
    kenapa semua orang asyik tanya apa itu merdeka termasuk dengan aku sekali ni hoi? kenapa ni?

    adakah kerana:
    1. sampai ke sudah, kita takkk jugak paham-paham apa itu merdeka? bengap sangat kah kita?

    2. ke sebab dah takde modal nak tanya soalan?
    3. atau sengaja nak menguji IQ para penjawab?

    tell me, tell me...
    adakah merdeka itu adalah 'acara mari pegi dataran merdeka ramai-ramai sambil buat konvoi motor lengkap dengan pakej wheely percuma untuk tontonan orang awam?' 

    kalau pergi dataran merdeka dan pakat ramai-ramai mengira 55555.....4....444...33....2....11...
    MERDEKAAAAAAAAA!!!

     

    pastu masing-masing lap sisa rumput melekat kat bontot seluar, yang mana pakai kain/skirt/baju kelawar  (ado ko org pi dataran merdeka pakai baju kelawar? haha), dok sebok mengibas sisa cikedis dan berlalu pergi sambil meninggalkan cenderamata kepada DBKL untuk dikerjakan selepas itu? 
    pastu, mana merdekanya? kena sapu sekali dengan makcik dan ahkak DBKL bersama-sama buah tangan werna werni karung cikedis, tin aluminium dan juga botol air mineral yang kamu tinggalkan? 

    senang ekk nak merdeka?! kalau camni punya senang, kenapa pulak aku tengok bergolok gadai orang negara lain dok berperang sana sini sebab nak dapat kemerdekaan negara mereka?
    lu rasa, apa itu merdeka? ke meleka? 

    -"meleka semua sudah melupakan apakah itu maksud meleka (merdeka)" - versi nada Lim Tat. 

    atau adakah merdeka itu nama orang? ehh..aku pernah baca, ada seorang auntie India ni, nama dia Merdeka. famous kot Puan Merdeka. sebab selalunya bila bulan Ogos, ada je lah orang mention nama dia. wahh..untunglah Puan Merdeka. semua orang pakat menjerit-jerit nama puan kat dataran. bangga tauuu...puan ada rasa tersedak tak kat rumah? iyelah, kalau dah pakat beria-ria semua melaung nama puan..untunglahhhh

    jadi, apa itu merdeka? 

    ahh..lambat lah kau jawab. baik aku tido dulu...................merdekanya rasa dapat tido sesuka hati.....eh...aku pun sebut nama puan merdeka. maap ye puan...

    Biskot Bercakap: patutlah bertahun-tahun orang asyik dok ulang soalan yang sama, sebab takdo sapo tahu nak jawab nye heh...ayarkk... 

    [......]

    Apa khabar?

    Aku memang dah biasa kurang tido. Tak tido. Tak makan.

    Tapi bila aku paksa diri tido, tido ikut jam yg disarankan utk org dewasa, aku sedar satu benda: aku jadi mengantuk 24 jam.

    Ini bukan main2 punya ngantuk. Ini serious ngantuk!

    Beberapa keadaan di mana aku boleh tido tiba-tiba:

    1. Tengah nak bawak kereta nak balik rumah, aku boleh terfikir nak tido dulu. Siap aku tido dulu sebelum drive. Haishh

    2. Tgh tekun buat kerja, buat proposal, tiba2 otak aku terus shut, plepek....aku terus tertido sebelah laptop.

    3. Baru bangun tido, nak mandi siap2 pg kerja- aku mandi dgn mata tak boleh bukak, makeup dgn mata separa bukak.

    Adakah ini normal? Atau adakah ini tanda2 aku dah makin tua? Kau pernah experience the same?

    wahh...eksyen sungguh gaya kau landing...beginiiiiii...! terima kasih kepada http://www.muscle-gain-tips.com/sean-nalewanyj/muscle-growth-and-sleep


    BISKOT BERCAKAP: nasib aku tak bawak motosikal. Buatnya aku tgh membonceng, aku nak tido celah mana pulak bila otak aku buat perangai suruh tido?
    BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop
    [......]

    Apa khabar?

    Penat berpuasa? Tak payah nak buat dakyah mengarut. Puasa je. Bukan pun Tuhan suruh kau buat bangunan 20 tingkat dalam masa sebulan. Angkat batu, bancuh simen sendiri.

    PUASA je...

    Bukan pasal tahan lapar dan dahaga. Tapi lebih kepada tahan segala nafsu. Nak2 org perempuan. Nafsu mengumpat, nafsu marah (haishh..aku lah ni. Lagi puasa, lagi banyak pulak aku nak tomoi org), nafsu asyik nak tido, asal tak makan, nak substitute dgn tido. Asal ek?

    TAK MAKAN je kot.

    Kalau time bukan ramadhan, boleh pulak kau feeling2 tak makan sebab diet. Elok je aku tgk kelakuan kau tu. Takde pulak meroyan. Tapi asal ramadhan, menggelupur macam ikan keli nak kena salai.

    Ni semua psychology kita. Kalau kita set dalam otak yg kita tak boleh nak terima kehidupan tanpa makan, tanpa minum, memanglah lembik macam sayur kat kedai mamak. Lembik lunyai.

    Kemon lah. Puasa je. Nabi dulu, time puasa, siap pegi perang. Naik kuda ok! Bukan pakai senapang pun, mesingun apatah lagi. Segala benda manual. Pakai pedang. Kau ingat sikit ke kudrat kau guna nak hayun pedang, nak angkat pedang tu pun dah separuh tenaga manusia dah!

    Itu kalau kita nak merungut letih, paham lah jugak aku. Ini gaya kerja kat opis. Duduk mengadap pc, yang belum tentu kau buat kerja pun, aircond menderu2 tepat 90 darjah kat muka. Ape lagi kau nak? Apo lagi?

    Kurangkan lah alasan. Anggap ini peluang utk kita sama2 muhasabah diri, ingat sikit macam mana org2 kat somalia sana tu dgn takde makan, takde minum, kepala besar dari badan, kau tak kesian ke? Itu gaya hidup tak makan, tak minum sepanjang hidup dia, bukan sebulan cam kita ni hah. Itupun time berbuka, kau belasah beli separuh daripada juadah yg ada kat PARAM! Apa dahhh......puiiii

    Malu sikit boleh? Malu? Malu dgn Tuhan sebab kita ni nampak je puasa dgn penuh sabar, ikhlas, tapi, nak berbuka je, habis hilang kau punya segala sifat mahmudah, segala wasatiah....kalah dengan kuih tepung pelita. Kalah dgn popia basah.

    Pengalah dengan makanan kita ni kannn?

    Haish..

    BISKOT BERCAKAP: aku memang berbuka makan sekeping setengah biskot jakob. Sumpah tak tipuuuuuu.... BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop
    [......]

     Apa khabar?

     GRRRrrrrrrRRRRRRR.....


    ucapan terima kasih kepada tuan punya gambar. aku dah lupa nama blog kamu sayanggg...maaplah..jangan marah sangat...


    kalau sikit-sikit, aku tak kesah gak. ini sebendang karangan aku buat, boleh si blogspot ni tak save kerja aku.

    marah nih. marahhh. 

    *pishh poshhh pishh poshh*



    BISKOT BERCAKAP: nak berdoa. doa orang teraniaya selalunya dimakbulkan...
    [......]