• Quisque fermentum

    Sed eu augue tellus, nec feugiat nisl. Fusce congue rutrum pharetra. Aenean sed turpis tortor, id pellentesque augue enim, tristique.

  • What we do

    Sed eu augue tellus, nec feugiat nisl. Fusce congue rutrum pharetra. Aenean sed turpis tortor, id pellentesque augue nibh enim.

  • About Us

    Sed eu augue tellus, nec feugiat nisl. Fusce congue rutrum pharetra. Aenean sed turpis tortor, id pellentesque augue.

  • saya naik heran dengan tahap pemikiran manusia sekarang.

    tak kira tua, muda. 

    masa kat office siang tadi, rakan sepejabat dengan bangganya berkongsi "info" tentang status yang dibaca dalam newsfeed FB dia.

    Muda Belia A: %6&*(((()* lah UiTM nih. buat aktiviti macam2. kata wajib lah, ape lah. tapi ramai je yang lepas! (merujuk kepada aktiviti anjuran UiTM yang wajib dihadiri pelajar. kegagalan akan menyebabkan si pesalah tidak dapat grad dengan jayanya)

    Muda Belia B: memang bhsgdiuwgekdslad! aku sokong kau! bek bek bek bek kutuk kutuk kutuk


    aktivit kutuk mengutuk diteruskan di Wall mereka dan boleh diaccess oleh orang2 lain termasuklah kawan saya ni tadi.

    ********************

    AKU TERFIKIR: 

    tidakkah mereka sedar bahawa social media merupakan media yang paling tidak boleh dipercayai? tidak boleh dipercayai kerana mesej yang kamu cuba sampaikan boleh diakses banyak pihak dan ruang lingkupnya juga akan bertambah dan membesar bila orang pakat sampai menyampai. 

    tidakkah dia terfikir consequences terhadap kelancangan mulut (walaupun dia tulis) dia?

    boleh tak kalau kita ambil masa sejenak untuk berfikir sebelum bercakap? 


    "THINK BEFORE YOU THROW....your words!"

    BISKOT BERCAKAP: antara punca kenapa kita masih tidak boleh praktikkan freedom of speech!
    [......]

    Apa kabar kamu di sana?

    saya suka (mood saya-berSAYA pulak) melihat-lihat blog2 yang tumbuh bak cendawan. (READ: lihat = browse). Saya hanya lihat sebab jujurnya saya tiada masa senggang ataupun ikan masak singgang (pang sedas) untuk membaca tulisan bloggers yang memang rata2 kreatif dan berdaya saing.

    antara rumusan yang saya dapat buat daripada aktiviti pantas-lihat-blog ini adalah:

    (rumusan ini tidak disertakan dengan graf mahupun jumlah peratusan. kau dah gila nak suruh saya menggodek langkah2 membuat research?)

    1. ramai bloggers gemar menampilkan identiti sebenar. got what i mean? macam ni. kalau di negara barat, kebanyakan bloggers prefer to remain anonymous. mungkin atas dasar privacy dan juga safety. pernah berlaku seorang famous blogger dibuang kerja apabila majikannya dapat tahu bahawa dia adalah seorang blogger yang active dan kerana risau kalau blogger ni akan tulis benda mengarut carut pasal company dia, majikan tersebut telah membuat keputusan drastik dengan memberhentikan blogger tersebut. KASIHANNNN...T_________________T

    walau bagaimanapun, walau remain anon, mereka ini tetap terkenal dan mempunyai ramai pengikut bawahan (dah macam ala kumpulan samseng kg pisang lemak manis pulak) disebabkan content yang disampaikan menarik dan best lah kot. tak gitu?


    tapi, mengikut kajian (kajian lah sangat) yang aku lakukan, bloggers di malaysia lebih enak dan suka menampilkan identiti sebenar. letak gambar sebenar, tunjuk rumah sebenar, anak dia, kucing dia, baju baru beli semalam, pokok serai dia tanam, dan macam2 lagi. itu hak masing2. mungkin keadaan negara kita tak sama macam kat amarika nun. kita masih takde gejala invasion of privacy yang berleluasa dan dari segi keselamatan pong, masih boleh blah lagi lah kot. 

    pernah aku tgk satu blog rakyat malaysia yang boleh can do lah jumlah followers dia, dikecam pembaca sebab dia prefer to remain anonymous. dia tak letak gambar dia secara terang2, dia banyak tapis maklumat penting walaupun main content blog dia adalah pasal diri dia ngan boipren dia. kesian pulak aku tgk budak ni kena hentam. deiii..kau mahu marah dia buat ape? suka hati dialah nak tunjuk lutut dia instead of muka dia. itu blog dia. bukan blog kamu. kalau tak suka, kenapa kamu sebok je nak baca blog dia? wek wek. tak malu. wek wek. 


    gambar tiada kena mengena dengan cerita. tetapi contentnya merangsang otak bukann?



    2. banyak jugak blogs yang ala copy-paste info dari online newspaper - ulas2 bawang sikit, TADAAAAA....dah jadi content untuk hari ini. 

    pandangan aku, kalau begini gaya kamu buat content, ape beza blog kamu dengan blog si anu yang perangai sama dengan kamu tu? copy paste pun macam ala bersama2 jerrr. 

    again, sapelah kita nak judge mereka. suka hati merekalah mahu buat ape. itu blog mereka apaaaa.....

    3. blogs yang kemaruk nak carik dan kumpul followers sebanyak mungkin. lagi banyak, banyak dan banyak, lagi kayalah gamaknya especially for those yang subscribe dengan social media advertising agent macam nuffnang ngan advertlets. 

    tapi usaha mendapatkan followers ni agak membikin-darah-naik-mendidih. ramai yang suka terjah blog orang dan komen ala2, lepas tu diakhiri dengan, 

    "follow saya balik tauuu...pastu klik nuffnang saya. saya dah click yours." iyelah. kau paksalah. kalau saya taknak, saya tak follow jugak. dah kalau content kamu tak sesuai dengan jiwa saya, mana saya boleh tipu diri dengan memaksa jugak follow kamu? terima kasih lah ye sbb kamu follow. tapi, saya tak mahu follow kamuuuuuuu

    4. makin banyak blog berunsurkan tips pakai hijab/shawl/tudung dengan gaya paling terkini dan kadang2, dah jadi pelik aku tgk pun ader. ok. yg ni aku suka jugak layan, sbb aku pakai shawl dengan gaya yang sungguh bergaya-lah-sangat--T______________T

    5. blog masak2 pun makin banyak. ada yang aku tgk main copy paste org lain punya pun, pakat2 orang puji macam tak pernah jumpa resipi ni kat tempat lain. goreng telor pun, kau pakat2 puji setinggi menara taming sari (hmmm?). kau nak dia follow kau balik kannn? kannn? 


    semua ni hak masing2. cara masing2. cuma yang mengekornya tu (followers ler). kalau kau rasa tak berkenan dengan content blog tu, atau kau rasa content dia langsung tak de kena mengena dengan interest kau, tak payahlah follow. attitude kita ni membuatkan satu budaya tidak begitu elok dalam industri social media ni. dah macam kena paksa pulak. ugut pun boleh jadi. errr..repot polis buleh kah? wakakakakakakak


    BISKOT BERCAKAP: saya menulis bila saya tensi. bukan tenis. main tenis sambil berblogging boleh mendatangkan mudarat. safety first ye...:P









    [......]

    Ciku Chak!

    La la la la.....saya baru pulang dari KK. bukan bercuti. bekerja cum bercuti.

    apa yang menarik masa kat KK?





    usaha membelasah sebanyak mungkin makanan hotel. mana nak cekau duit nak makan?? miskin rasanya T____T








    1. hotel yang saya duduki (mestilah duduk, takkan berlari?) sangatlah super marvellous...awww..suka tau. bilik dia umpama mempunyai bukaan 4500 kaki persegi sumpahlahakukelentongkan? hehe

    2. hotel sebelah dengan mall, dengan kedais, dengan pasar Philippine,  dekat dengan laut yang tak boleh mandi tapi laut tempat bot2 nelayan parking baekk punya lepas tangkap ikan.

    3. umagaiii. ikan tongkol dia besar anak ikan lumba2. mahu senget bahu kamu kalau mengangkatnya. jalan sure berdengkot. 

    4. ramai lah jugak aku nampak aweks negara jiran yang badan sekeping macam ikan bilis, tapi keyakinan diri tinggi. pakai baju taknak kalah dengan pamela. cuma bezanya, kalau pamela melintas, orang toleh mata terjojol, kamu melintas, orang menoleh, sambil mata mengherot.

    5. tak sure kenapa kali ni aku pergi, susah pulak nak cari makan. (RAHSIA: sebenarnya senang. tapi sebab kawan baik aku sampai mati sorang ni, feeling2 diva pulak. taknak makan kat gerai. geli katanya. kuali berkeladak.) puhleasee lah. yang kau pegi bantai check kuali dia kenapa? tak nikmat lah hidup kalau tak makan kat gerai. memang tak merasa makan sotong bakar yang baru naik dari laut. besar okeh sotong dia.

    6. jalan punya jalan, pusing punya pusing, akhirnya makan CHICKEN RICE SHOP. ok. kat kl pun bersepah kedai ni. siap taknak pergi pun. lalu sepuluh kali pun, belum tentu terasa tergoda nak masuk. T________________T

    7. inilah kali pertama aku berjalan tempat orang, aku tak rasa nak berbelanja! serious! best habis. ok. sekali lagi aku bohong sunat. (AMARAN: jangan nak bikin hukum sendiri, mana ado bohong sunat, bohong harus, bohong wajib.BOHONG tetap haram.) sebenarnya, kami takde duit. hujung bulan kot time kami ke sana. makan breakfast kat hotel secara besar-besaran sebagai cara menjimatkan belanja. T___________________T

    8. disebabkan itu, aku nampak sangat kurus dan slim. feeling2 cantik sekejap :P


    BISKOT BERCAKAP: kena belajar berjimat cermat. mulia kan niat ini....lalalalalala
    [......]

    Apa kabar?


    TADAAAAAaaaaaaaaaaaaa..........

    proudly present to you:


    reflection. segala huruf terbalik. kau anggap sahaja ini seni. yawwwww
















    kuikui. sanggup aku redah jem, hujan ribut, menghabiskan minyak, menipiskan lapisan ozone, mengurangkan baki smartag. hehe.

    ok. the smell is like 

    " I DON'T THINK YOU GONNA LOVE IT!" 

    Seriously. i don't think normal people. ok. tipu. i don't think that typical malaysian fancy the smell. the scent. not all lah. but i bet, majority of malaysian.

    ************************

    tapi, ado aku kesah? even the sales girl pun cakap aku pelik sbb suka the smell. oh..to be honest, the smell is not the main reason why i bought the parfume, but the uniqueness intrigued me to! 



    sebab dia smell different from kawang2 dia. dia berbau berasaskan herbs, greens, woody, spices = tungkek jugaklah. siot je.

    tapi aku selalu percaya (sambil muka ala ahli falsafah terkemuka dunia, aristotle) bahawa bau yang pelik, merupakan bau yang indah dan akan menjadi idola masyarakat. ewahhhhhh.


    ************************

    bau dia sikit2 macam anick goutal yang pernah aku bereksperimentasi sebelum ini. walau bagaimanapun, yang ini, harganya jauh lebih mampu-milik tetapi, tetap tidak dapat menandingi kekuatan bau ANGEL kesayangan gue.

    cik abe dugong aku tak tahu lagi yang aku beli haruman badan yang baru (gituww katanya). kalau lah di takdirkan tertangkap. KALAU ye. possibility untuk tidak masih ada...*berdoa dengan keras = pray hard*

    kalau tertangkap, aku dah ade jawapan baekk punya:

    "OHH...THIS IS FOR OUR WEDDING'S HANTARAN"


    BISKOT BERCAKAP: Oh ye, insya'allah, we are getting married soon. most probably, this November. *Pray hardddddddddd*


















    [......]