Apa khabar?
![]() |
curik lah kalau kau berani. haipppss. biasa nihh! |
Sempena dengan sambutan kemerdekaan negara dan jugak perayaan Hari Malaysia, aku dah letak badge jalur gemilang kat header aku YO!
memang setakat letak bendera, takde membawa ape2 perubahan kepada dasar ekonomi negara, takkan mengubah struktur sosial, politik dan sebagainya. tapi sekurang-kurangnya, aku ingat yang aku ni warga Malaysia! YO!
sebagai penduduk asal negara ini, Tanah Melayu ni, aku kenalah ambil tahu pasal negara aku, memajukan diri demi negara aku. pertahankan negara dari serangan luar dan anasir jahat YO!
sumbangan kecil, kalau kita pakat ramai-ramai kumpul, akan jadi satu kuasa besar! macam semut, anai-anai. pakat-pakat, pastu jadi hebat YO!
merdeka bukan pergi konsert ambang nasik ambeng merdeka. merdeka bukan jugak kau pergi dataran merdeka atau check-in kat hotel merdeka palace. merdeka bukan jugak kau kibar bendera kat kereta, tapi kau pun tak tahu bila Jepun serang tanah melayu.
merdeka bukan bermakna kau cakap bahasa melayu piau, kau tinggal kat malaysia seumur hidup kau, tapi kau langsung takde menyumbang ke arah pembentukan Malaysia yang lebih baik. tak payah nak sumbang ke arah Malaysia lah, sumbangan kepada pembentukan diri sendiri yang lebih baik pun, takdo. asyik melepek depan TV, tgk sinetron dari seberang, MERDEKAKAH kauuu?
jangan ukur melayu-nya kau pada bahasa pertuturan. mungkin ada yang cakap english manjang, tak bererti melayu dia dah hilang. tak bererti dia tidak menyumbang kepada Malaysia.
jangan ukur kau melaung-laung kat dataran, sedangkan kami duduk kat pejabat kejarkan deadline, kau lebih hebat, lebih semangat melayu, lebih kononnya merdeka?
merdeka bukan setakat dimulut. bukan untuk dilaung sangat. tapi niat dan usaha ke arah memerdekakan diri pertamanya, barulah terhasil sebenar Malaysia yang merdeka! YO!
BISKOT BERCAKAP: YO aku bukan YO YA AAWW..YO bak kata orghe-orghe di Kelate. YO LAH.
Categories:
Post a Comment