Apa khabar?
![]() |
agaknya, kat negara china skang, tgh musim sejuk kan?
haish.
hari ni jumaat. ramai jugak yang dah start cuti raya. kamu dah start? gamaknya, dah ramai yang berbondong beratur kat highway PLUS, ELITE, KRU, NICO, 4U2C, etc untuk amik tiket tol, iye tak?
aku masih kerja. rasanya aku je kot kat sini yang datang kerja bersungguh sambil cuba siapkan semua benda sebelum cuti. hebat tak bunyi kerjaya dan displin tinggi aku ini? puiiii
antara benda yang aku cuba settlekan hari ni adalah segala urusan berkaitan dengan supplier/vendor. mana2 invoice yang pending, aku paksa jugak settlekan hari ni.
sambil dok call sana sini, sempat jugak aku dok borak dengan cik siti, finance officer salah satu hotel best kat PD. saje nak nampak aku ni tak pushy sangat, aku bukak cerita pasal raya, mak bapak, mercun, ayam itik.
bukak cerita pasal mak, terus aku rasa dah dalam cerekarama pulak. pelakon utama, fauziah nawi yang kena dera. tak kena dera pun, yang asyik dok nangis2 sebab anak perangai macam kutu dadah.
borak2, kitorang sepakat kata yang kita semua kena sayangi mak kita. mak ngan ayah kita. walau macam manapun, dahulukan mak kita. terutamanya anak lelaki. biasalah, kita ni, bila benda yang ada depan mata, kita akan buat bodo je. dah takde, baru nak tergagau-gagau.
sama jugak dengan mak. time dia ada, kau sure rasa haishh...membebel je lah, ape lah. tapi, kalau dia tak bebel, tak lengkaplah ciri ibu dalam diri dia.
aku selalu cuba untuk menghargai mak aku. aku cuba dahulukan keperluan dia melebihi segalanya walau kadang-kadang aku rasa geram pun ado. tapi aku pikir, mak aku dulu kerja keras berpuluh tahun membesarkan kami 6 beradik. kenapa kami 6 beradik, susah sangat nak jaga mak aku?
tiap2 bulan, jadikanlah satu amalan untuk bagi duit poket kat mak dan ayah kau. tak perlu banyak. ikut kemampuan kau. yang penting, ikhlas. diorang ni, tak hadap pun duit kau. tapi rasa syukur dan doa mereka masa kau hulur duit tu lah, doa yang akan membantu kau senang di dunia dan akhirat.
ingatlah. jaga mak kita. sejahat mana pun mak kita, dia lah yang membesarkan kita. yang melahirkan kita.
anak-anak lelaki, ibubapa, terutamanya ibu, adalah tanggungjawab kamu. dah kawin, ada 4 bini pun, emak yang satu ni, tetap tanggungan kamu. janganlah kau menyusahkan mak kamu. janganlah kamu abaikan mak kamu. berdosa kau lupa tanggungjawab kau yang satu ni.
bini-bini, kau pun, jangan nak membebel2, mengutuk mak mertua kau kat laki kau. wei. mujurlah kau dapat laki yang sayang mak dia. itu tanda dia bertanggungjawab. tanda dia ada harapan masuk syurga. untung2, dengan kau sekali dia seret bawak masuk syurga. tapi yang aku heran, kenapelah menantu pompuan suka sangat benci mertua? paling hebat, boleh marah2, kutuk2 mak mertua kat laki sendiri. "jangan nak lebihkan mak abang yerr..." PUIIII..longkanglah tempat kau wahai wanita.
yang laki, kau pun janganlah carik bini yang ada unsur2 macam ni. kalau di takdirkan dapat, kau didiklah dia. itu tanggungjawab kau dowh. memanglah susah. sebab itu orang cakap, tanggungjawab jadi suami ni besar. sebab bini kau yang berperangai macam firaun tu, kau dengan senangnya masuk neraka free sama ngan dia. kau nak? kalau aku, baik aku lempang bini aku siap2 kat dunia ni, bagi dia insap (lempang ni adalah perumpamaan ok) sebelum aku, kau, semua satu keluarga pakat dok menyempit dalam neraka sana. watdeheyyl???
aku berdoa, aku akan berpeluang jumpa dengan mak dan ayah aku, serta adik beradik aku, di syurga nanti. sebab aku tahu, merekalah yang terbaik yang Allah berikan dalam hidup aku.
moh ler kita bergolok gadai (umpamanya) untuk mak dan ayah kita. belikan mereka susu anlene, masak untuk mereka, bagi makan yang terbaik, yang berkhasiat (kalau kau berkemampuan). pastikan keselamatan dan kesihatan mereka di tangga teratas.
ok. sedih aku. aku nak pi beli stock anlene gold jap lagi. bibik aku cakap, dah nak habis.
untunglah giant....lepas ni sure ramai yang beli anlene gold :P
BISKOT BERCAKAP: tiap-tiap hari, pastikan kau salam mak ngan ayah kau (kalau kau tinggal sekali lah). ayah aku pesan, sebelum tido pun sama. mana tahu, masa tido kita mati, kita takkan sempat jumpa mereka lagi....:(
Categories:
Post a Comment