Apa kabar kamu di sana?
saya suka (mood saya-berSAYA pulak) melihat-lihat blog2 yang tumbuh bak cendawan. (READ: lihat = browse). Saya hanya lihat sebab jujurnya saya tiada masa senggang ataupun ikan masak singgang (pang sedas) untuk membaca tulisan bloggers yang memang rata2 kreatif dan berdaya saing.
antara rumusan yang saya dapat buat daripada aktiviti pantas-lihat-blog ini adalah:
(rumusan ini tidak disertakan dengan graf mahupun jumlah peratusan. kau dah gila nak suruh saya menggodek langkah2 membuat research?)
1. ramai bloggers gemar menampilkan identiti sebenar. got what i mean? macam ni. kalau di negara barat, kebanyakan bloggers prefer to remain anonymous. mungkin atas dasar privacy dan juga safety. pernah berlaku seorang famous blogger dibuang kerja apabila majikannya dapat tahu bahawa dia adalah seorang blogger yang active dan kerana risau kalau blogger ni akan tulis benda mengarut carut pasal company dia, majikan tersebut telah membuat keputusan drastik dengan memberhentikan blogger tersebut. KASIHANNNN...T_________________T
walau bagaimanapun, walau remain anon, mereka ini tetap terkenal dan mempunyai ramai pengikut bawahan (dah macam ala kumpulan samseng kg pisang lemak manis pulak) disebabkan content yang disampaikan menarik dan best lah kot. tak gitu?
tapi, mengikut kajian (kajian lah sangat) yang aku lakukan, bloggers di malaysia lebih enak dan suka menampilkan identiti sebenar. letak gambar sebenar, tunjuk rumah sebenar, anak dia, kucing dia, baju baru beli semalam, pokok serai dia tanam, dan macam2 lagi. itu hak masing2. mungkin keadaan negara kita tak sama macam kat amarika nun. kita masih takde gejala invasion of privacy yang berleluasa dan dari segi keselamatan pong, masih boleh blah lagi lah kot.
pernah aku tgk satu blog rakyat malaysia yang boleh can do lah jumlah followers dia, dikecam pembaca sebab dia prefer to remain anonymous. dia tak letak gambar dia secara terang2, dia banyak tapis maklumat penting walaupun main content blog dia adalah pasal diri dia ngan boipren dia. kesian pulak aku tgk budak ni kena hentam. deiii..kau mahu marah dia buat ape? suka hati dialah nak tunjuk lutut dia instead of muka dia. itu blog dia. bukan blog kamu. kalau tak suka, kenapa kamu sebok je nak baca blog dia? wek wek. tak malu. wek wek.
![]() |
gambar tiada kena mengena dengan cerita. tetapi contentnya merangsang otak bukann? |
2. banyak jugak blogs yang ala copy-paste info dari online newspaper - ulas2 bawang sikit, TADAAAAA....dah jadi content untuk hari ini.
pandangan aku, kalau begini gaya kamu buat content, ape beza blog kamu dengan blog si anu yang perangai sama dengan kamu tu? copy paste pun macam ala bersama2 jerrr.
again, sapelah kita nak judge mereka. suka hati merekalah mahu buat ape. itu blog mereka apaaaa.....
3. blogs yang kemaruk nak carik dan kumpul followers sebanyak mungkin. lagi banyak, banyak dan banyak, lagi kayalah gamaknya especially for those yang subscribe dengan social media advertising agent macam nuffnang ngan advertlets.
tapi usaha mendapatkan followers ni agak membikin-darah-naik-mendidih. ramai yang suka terjah blog orang dan komen ala2, lepas tu diakhiri dengan,
"follow saya balik tauuu...pastu klik nuffnang saya. saya dah click yours." iyelah. kau paksalah. kalau saya taknak, saya tak follow jugak. dah kalau content kamu tak sesuai dengan jiwa saya, mana saya boleh tipu diri dengan memaksa jugak follow kamu? terima kasih lah ye sbb kamu follow. tapi, saya tak mahu follow kamuuuuuuu
4. makin banyak blog berunsurkan tips pakai hijab/shawl/tudung dengan gaya paling terkini dan kadang2, dah jadi pelik aku tgk pun ader. ok. yg ni aku suka jugak layan, sbb aku pakai shawl dengan gaya yang sungguh bergaya-lah-sangat--T______________T
5. blog masak2 pun makin banyak. ada yang aku tgk main copy paste org lain punya pun, pakat2 orang puji macam tak pernah jumpa resipi ni kat tempat lain. goreng telor pun, kau pakat2 puji setinggi menara taming sari (hmmm?). kau nak dia follow kau balik kannn? kannn?
semua ni hak masing2. cara masing2. cuma yang mengekornya tu (followers ler). kalau kau rasa tak berkenan dengan content blog tu, atau kau rasa content dia langsung tak de kena mengena dengan interest kau, tak payahlah follow. attitude kita ni membuatkan satu budaya tidak begitu elok dalam industri social media ni. dah macam kena paksa pulak. ugut pun boleh jadi. errr..repot polis buleh kah? wakakakakakakak
BISKOT BERCAKAP: saya menulis bila saya tensi. bukan tenis. main tenis sambil berblogging boleh mendatangkan mudarat. safety first ye...:P
Categories:
Post a Comment