Ciku Chak!
La la la la.....saya baru pulang dari KK. bukan bercuti. bekerja cum bercuti.
apa yang menarik masa kat KK?
![]() |
usaha membelasah sebanyak mungkin makanan hotel. mana nak cekau duit nak makan?? miskin rasanya T____T |
1. hotel yang saya duduki (mestilah duduk, takkan berlari?) sangatlah super marvellous...awww..suka tau. bilik dia umpama mempunyai bukaan 4500 kaki persegi sumpahlahakukelentongkan? hehe
2. hotel sebelah dengan mall, dengan kedais, dengan pasar Philippine, dekat dengan laut yang tak boleh mandi tapi laut tempat bot2 nelayan parking baekk punya lepas tangkap ikan.
3. umagaiii. ikan tongkol dia besar anak ikan lumba2. mahu senget bahu kamu kalau mengangkatnya. jalan sure berdengkot.
4. ramai lah jugak aku nampak aweks negara jiran yang badan sekeping macam ikan bilis, tapi keyakinan diri tinggi. pakai baju taknak kalah dengan pamela. cuma bezanya, kalau pamela melintas, orang toleh mata terjojol, kamu melintas, orang menoleh, sambil mata mengherot.
5. tak sure kenapa kali ni aku pergi, susah pulak nak cari makan. (RAHSIA: sebenarnya senang. tapi sebab kawan baik aku sampai mati sorang ni, feeling2 diva pulak. taknak makan kat gerai. geli katanya. kuali berkeladak.) puhleasee lah. yang kau pegi bantai check kuali dia kenapa? tak nikmat lah hidup kalau tak makan kat gerai. memang tak merasa makan sotong bakar yang baru naik dari laut. besar okeh sotong dia.
6. jalan punya jalan, pusing punya pusing, akhirnya makan CHICKEN RICE SHOP. ok. kat kl pun bersepah kedai ni. siap taknak pergi pun. lalu sepuluh kali pun, belum tentu terasa tergoda nak masuk. T________________T
7. inilah kali pertama aku berjalan tempat orang, aku tak rasa nak berbelanja! serious! best habis. ok. sekali lagi aku bohong sunat. (AMARAN: jangan nak bikin hukum sendiri, mana ado bohong sunat, bohong harus, bohong wajib.BOHONG tetap haram.) sebenarnya, kami takde duit. hujung bulan kot time kami ke sana. makan breakfast kat hotel secara besar-besaran sebagai cara menjimatkan belanja. T___________________T
8. disebabkan itu, aku nampak sangat kurus dan slim. feeling2 cantik sekejap :P
BISKOT BERCAKAP: kena belajar berjimat cermat. mulia kan niat ini....lalalalalala
Categories:
Post a Comment