Apa kabar?
apakah perfume kegemaran anda?
adakah anda jenis yang:
1. setia pada satu perfume?
2. main hentam keromo pakai semua perfume ikut selera hari tersebut?
3. mana tangan sempat capai, itulah perfume yang dituju
4. ikut mejlis - mejlis ilmu (pakai malaikat subuh), mejlis pesta muda mudi (pakai lah britney spears lalala aku pun tak tahu nama gapo)
5. ikut bajet - kalau dah mampu beli perfume perisa strawberry yang dijual kat rak pasaraya besar giant, itu jelah bau paling sedap anda gomol?
************************
AKU adalah jatuh dalam kategori:
1. setia pada satu perfume.
ALASAN
(no explanation needed. sapo kau sampai sume orang nak tahu deii?)
![]() |
kegemaran sepanjang masa: all time favourites. http://www.surbuys.com |
ANGEL - THIERRY MUGLER
aku sangat setia dengan perfume beraroma seductive chocolate macam nak ngap kalau lapar sejak awal tahun 2005 sampai sekarang. aku tak pernah tukar.
setia bukan? sampaikan semua orang tahu, itu signature bau aku. kiranya angel dan aku tidak dapat dipisahkan. katanyaaa. kelasss kauuu.
CIRI-CIRI PERFUME INI
perfume ni lazat. aku berani cakap lazat sbb bau dia yummilicious. very seductive. hard to resist. tempting. goodness gracious...aummmm!
aku adalah seorang wanita yang berciri independent, very independent, extrovert, outspoken, mempunyai self confidence yang sangat tinggi. mempunyai sifat separa masculine (ya..believe me). masculine disini hanya berlaku bila:
1. memandu. di mana aku memandu dengan bayangan bahawa aku adalah paul walker dalam fast & furious. sumpah tak boleh blah.
2. penglibatan dalam outdoor activities - backpacking, mountain-biking, badminton-ing, futsal-ing (gedik kan nak ING semua).
3. sometimes, attire aku bila pakai 3 pieces adalah lebih kepada gaya femi-masculine style. dengan suspender, vest, baggy-pants, sometimes aku pakai tie juger. :P
don't get me wrong. kalau pakai baju kurung, sumpah ayu jah oiiii
OK. disebabkan ciri-ciri ini, aku suka sangat pakai perfume ni. disebabkan perfume ini mempunyai ciri:
1. Strong
2. baunya, umagaiii, kau sembur pagi, sampai tido pun bau melekat jah oiii. tapi it depends lah kot. depends on keserasian kulit kau dgn perfume ni.
3. angel adalah EDP. ciri yang sangat aku titik beratkan. aku rasa sangat tak berbaloi beli perfume mahal, pastu bau sekejapan je. rupanya adalah EDT. puii. membazir duit mak jah oii
4. baunya mmg melambangkan personality aku. kelassssss. thierry mugler, sila bayar sedikit duit promosi kau pada kau yang telah mempromosikan perfume kamu. maigodd
**************************************
tetapi, satu je halangan perfume ni, harga dia, pada tahun 2005 lah ye, mahal lah pulak. 100 ml, bersamaan dengan 600++. bengkok ahkak ok. mujurlah perfume dia sekali picit, sampai malam tahan.
disebabkan kemahalan perfume ini, pernah lah aku berlaku curang sepanjang perhubungan kami. kononnya sebab dia mahal dan cik abe aku pulak, dok sebok suruh aku try perfume lain. dah immune katanya.
katanya nak cari lain sebab yang ini mahal. sekali aku beli, lagi mahal daaa.
aku ni taste, konon taknak kalah dgn ratu elizabeth. puiii.
aku try annick goutal. range mana satu, sumpah aku tak ingat nama dia. malas aku nak lari pi amik botol perfume tu. harga dia, 700++ (BENGKOK MELEKAT). bau dia sikit2 macam bau ice lemon tea brand nestle. hahaha. ok. the one yang aku pakai ni, adalah signature perfume kegemarang tiara jacquelina. kiranya, kalau kau pernah bau dia, tempias2 bau tu, adalah pada aku. kuheheh.
aku mmg suka perfume yang tak ramai orang pakai. maaf cakap, macam ralph lauren, DKNY, CK is a big NO NO. aku suka perfume yang outstanding dan ada its own class. PERASANNNN.
disebabkan faktor mahal juga, aku kini sedang dalam usaha mengusha perfume channel. hmmm. disebabkan bakal laki aku, si abe gendut telah memberikan amaran bahawa perfume angel hanya boleh dipakai dirumah bila bersama suami (wow...kawin pun belum nyah). jadi, aku kena cari perfume yang less thick, less strong, and less expensive. hahahaha.
ada dua je dalam pala otak aku skang ni:
1. YSL
2. CHANNEL
hari hujan. jom pegi shopping perfumeeeee! weeeeee!
***************************
TIPS GUNA PERFUME:
1. jangan simpan koleksi perfume terlalu banyak sekali gus sebab perfume will evaporated if not being used. hence, rugi lah kau beli mahal2, kau saje nak bagi dia tersejat susu sejat pekat manis kan? hoho
2. bila sembur perfume, sembur on skin, not on your clothes. focus kepada your nerves. cth: pergelangan tangan, pelipat siku, leher, cleavage, etc.
3. bila dah sembur, for instance pada pergelangan tangan kanan, jangan kau pegi lesek baki perfume tu kat pergelangan tangan kiri pulak. ini memang favourite attitude rakyat kita. sayang, kau buat macam tu, perfume kau takkan kekal berbau. dia akan hilang baunya dalam masa yang pantas. kau sembur kat tangan kanan, then kau sembur pulak kat tangan kiri.
ALLAH, jangan nak kedekut sangat takut perfume habis. kot tak habis perfume kau, kalau tak bau dia hilang, dia dok habis sebab tersejat membuta tuli begitu sahaja. mahu?
4. jangan dok gatai sembur 2 3 perfume at one go sangat lah sayang oi. kalau tak orang sebelah kau muntah, mungkin kau yang mendahului senarai pemuntah terbanyak?
chill, nak wangi pun, kena ada kelasss ok. jangan nak gelojoh sangat.
******************
BISKOT BERCAKAP: hari dah hujan, jom beli perfume yok!
Categories:
Post a Comment