• Quisque fermentum

    Sed eu augue tellus, nec feugiat nisl. Fusce congue rutrum pharetra. Aenean sed turpis tortor, id pellentesque augue enim, tristique.

  • What we do

    Sed eu augue tellus, nec feugiat nisl. Fusce congue rutrum pharetra. Aenean sed turpis tortor, id pellentesque augue nibh enim.

  • About Us

    Sed eu augue tellus, nec feugiat nisl. Fusce congue rutrum pharetra. Aenean sed turpis tortor, id pellentesque augue.

  • saya naik heran dengan tahap pemikiran manusia sekarang.

    tak kira tua, muda. 

    masa kat office siang tadi, rakan sepejabat dengan bangganya berkongsi "info" tentang status yang dibaca dalam newsfeed FB dia.

    Muda Belia A: %6&*(((()* lah UiTM nih. buat aktiviti macam2. kata wajib lah, ape lah. tapi ramai je yang lepas! (merujuk kepada aktiviti anjuran UiTM yang wajib dihadiri pelajar. kegagalan akan menyebabkan si pesalah tidak dapat grad dengan jayanya)

    Muda Belia B: memang bhsgdiuwgekdslad! aku sokong kau! bek bek bek bek kutuk kutuk kutuk


    aktivit kutuk mengutuk diteruskan di Wall mereka dan boleh diaccess oleh orang2 lain termasuklah kawan saya ni tadi.

    ********************

    AKU TERFIKIR: 

    tidakkah mereka sedar bahawa social media merupakan media yang paling tidak boleh dipercayai? tidak boleh dipercayai kerana mesej yang kamu cuba sampaikan boleh diakses banyak pihak dan ruang lingkupnya juga akan bertambah dan membesar bila orang pakat sampai menyampai. 

    tidakkah dia terfikir consequences terhadap kelancangan mulut (walaupun dia tulis) dia?

    boleh tak kalau kita ambil masa sejenak untuk berfikir sebelum bercakap? 


    "THINK BEFORE YOU THROW....your words!"

    BISKOT BERCAKAP: antara punca kenapa kita masih tidak boleh praktikkan freedom of speech!
    [......]

    Apa kabar kamu di sana?

    saya suka (mood saya-berSAYA pulak) melihat-lihat blog2 yang tumbuh bak cendawan. (READ: lihat = browse). Saya hanya lihat sebab jujurnya saya tiada masa senggang ataupun ikan masak singgang (pang sedas) untuk membaca tulisan bloggers yang memang rata2 kreatif dan berdaya saing.

    antara rumusan yang saya dapat buat daripada aktiviti pantas-lihat-blog ini adalah:

    (rumusan ini tidak disertakan dengan graf mahupun jumlah peratusan. kau dah gila nak suruh saya menggodek langkah2 membuat research?)

    1. ramai bloggers gemar menampilkan identiti sebenar. got what i mean? macam ni. kalau di negara barat, kebanyakan bloggers prefer to remain anonymous. mungkin atas dasar privacy dan juga safety. pernah berlaku seorang famous blogger dibuang kerja apabila majikannya dapat tahu bahawa dia adalah seorang blogger yang active dan kerana risau kalau blogger ni akan tulis benda mengarut carut pasal company dia, majikan tersebut telah membuat keputusan drastik dengan memberhentikan blogger tersebut. KASIHANNNN...T_________________T

    walau bagaimanapun, walau remain anon, mereka ini tetap terkenal dan mempunyai ramai pengikut bawahan (dah macam ala kumpulan samseng kg pisang lemak manis pulak) disebabkan content yang disampaikan menarik dan best lah kot. tak gitu?


    tapi, mengikut kajian (kajian lah sangat) yang aku lakukan, bloggers di malaysia lebih enak dan suka menampilkan identiti sebenar. letak gambar sebenar, tunjuk rumah sebenar, anak dia, kucing dia, baju baru beli semalam, pokok serai dia tanam, dan macam2 lagi. itu hak masing2. mungkin keadaan negara kita tak sama macam kat amarika nun. kita masih takde gejala invasion of privacy yang berleluasa dan dari segi keselamatan pong, masih boleh blah lagi lah kot. 

    pernah aku tgk satu blog rakyat malaysia yang boleh can do lah jumlah followers dia, dikecam pembaca sebab dia prefer to remain anonymous. dia tak letak gambar dia secara terang2, dia banyak tapis maklumat penting walaupun main content blog dia adalah pasal diri dia ngan boipren dia. kesian pulak aku tgk budak ni kena hentam. deiii..kau mahu marah dia buat ape? suka hati dialah nak tunjuk lutut dia instead of muka dia. itu blog dia. bukan blog kamu. kalau tak suka, kenapa kamu sebok je nak baca blog dia? wek wek. tak malu. wek wek. 


    gambar tiada kena mengena dengan cerita. tetapi contentnya merangsang otak bukann?



    2. banyak jugak blogs yang ala copy-paste info dari online newspaper - ulas2 bawang sikit, TADAAAAA....dah jadi content untuk hari ini. 

    pandangan aku, kalau begini gaya kamu buat content, ape beza blog kamu dengan blog si anu yang perangai sama dengan kamu tu? copy paste pun macam ala bersama2 jerrr. 

    again, sapelah kita nak judge mereka. suka hati merekalah mahu buat ape. itu blog mereka apaaaa.....

    3. blogs yang kemaruk nak carik dan kumpul followers sebanyak mungkin. lagi banyak, banyak dan banyak, lagi kayalah gamaknya especially for those yang subscribe dengan social media advertising agent macam nuffnang ngan advertlets. 

    tapi usaha mendapatkan followers ni agak membikin-darah-naik-mendidih. ramai yang suka terjah blog orang dan komen ala2, lepas tu diakhiri dengan, 

    "follow saya balik tauuu...pastu klik nuffnang saya. saya dah click yours." iyelah. kau paksalah. kalau saya taknak, saya tak follow jugak. dah kalau content kamu tak sesuai dengan jiwa saya, mana saya boleh tipu diri dengan memaksa jugak follow kamu? terima kasih lah ye sbb kamu follow. tapi, saya tak mahu follow kamuuuuuuu

    4. makin banyak blog berunsurkan tips pakai hijab/shawl/tudung dengan gaya paling terkini dan kadang2, dah jadi pelik aku tgk pun ader. ok. yg ni aku suka jugak layan, sbb aku pakai shawl dengan gaya yang sungguh bergaya-lah-sangat--T______________T

    5. blog masak2 pun makin banyak. ada yang aku tgk main copy paste org lain punya pun, pakat2 orang puji macam tak pernah jumpa resipi ni kat tempat lain. goreng telor pun, kau pakat2 puji setinggi menara taming sari (hmmm?). kau nak dia follow kau balik kannn? kannn? 


    semua ni hak masing2. cara masing2. cuma yang mengekornya tu (followers ler). kalau kau rasa tak berkenan dengan content blog tu, atau kau rasa content dia langsung tak de kena mengena dengan interest kau, tak payahlah follow. attitude kita ni membuatkan satu budaya tidak begitu elok dalam industri social media ni. dah macam kena paksa pulak. ugut pun boleh jadi. errr..repot polis buleh kah? wakakakakakakak


    BISKOT BERCAKAP: saya menulis bila saya tensi. bukan tenis. main tenis sambil berblogging boleh mendatangkan mudarat. safety first ye...:P









    [......]

    Ciku Chak!

    La la la la.....saya baru pulang dari KK. bukan bercuti. bekerja cum bercuti.

    apa yang menarik masa kat KK?





    usaha membelasah sebanyak mungkin makanan hotel. mana nak cekau duit nak makan?? miskin rasanya T____T








    1. hotel yang saya duduki (mestilah duduk, takkan berlari?) sangatlah super marvellous...awww..suka tau. bilik dia umpama mempunyai bukaan 4500 kaki persegi sumpahlahakukelentongkan? hehe

    2. hotel sebelah dengan mall, dengan kedais, dengan pasar Philippine,  dekat dengan laut yang tak boleh mandi tapi laut tempat bot2 nelayan parking baekk punya lepas tangkap ikan.

    3. umagaiii. ikan tongkol dia besar anak ikan lumba2. mahu senget bahu kamu kalau mengangkatnya. jalan sure berdengkot. 

    4. ramai lah jugak aku nampak aweks negara jiran yang badan sekeping macam ikan bilis, tapi keyakinan diri tinggi. pakai baju taknak kalah dengan pamela. cuma bezanya, kalau pamela melintas, orang toleh mata terjojol, kamu melintas, orang menoleh, sambil mata mengherot.

    5. tak sure kenapa kali ni aku pergi, susah pulak nak cari makan. (RAHSIA: sebenarnya senang. tapi sebab kawan baik aku sampai mati sorang ni, feeling2 diva pulak. taknak makan kat gerai. geli katanya. kuali berkeladak.) puhleasee lah. yang kau pegi bantai check kuali dia kenapa? tak nikmat lah hidup kalau tak makan kat gerai. memang tak merasa makan sotong bakar yang baru naik dari laut. besar okeh sotong dia.

    6. jalan punya jalan, pusing punya pusing, akhirnya makan CHICKEN RICE SHOP. ok. kat kl pun bersepah kedai ni. siap taknak pergi pun. lalu sepuluh kali pun, belum tentu terasa tergoda nak masuk. T________________T

    7. inilah kali pertama aku berjalan tempat orang, aku tak rasa nak berbelanja! serious! best habis. ok. sekali lagi aku bohong sunat. (AMARAN: jangan nak bikin hukum sendiri, mana ado bohong sunat, bohong harus, bohong wajib.BOHONG tetap haram.) sebenarnya, kami takde duit. hujung bulan kot time kami ke sana. makan breakfast kat hotel secara besar-besaran sebagai cara menjimatkan belanja. T___________________T

    8. disebabkan itu, aku nampak sangat kurus dan slim. feeling2 cantik sekejap :P


    BISKOT BERCAKAP: kena belajar berjimat cermat. mulia kan niat ini....lalalalalala
    [......]

    Apa kabar?


    TADAAAAAaaaaaaaaaaaaa..........

    proudly present to you:


    reflection. segala huruf terbalik. kau anggap sahaja ini seni. yawwwww
















    kuikui. sanggup aku redah jem, hujan ribut, menghabiskan minyak, menipiskan lapisan ozone, mengurangkan baki smartag. hehe.

    ok. the smell is like 

    " I DON'T THINK YOU GONNA LOVE IT!" 

    Seriously. i don't think normal people. ok. tipu. i don't think that typical malaysian fancy the smell. the scent. not all lah. but i bet, majority of malaysian.

    ************************

    tapi, ado aku kesah? even the sales girl pun cakap aku pelik sbb suka the smell. oh..to be honest, the smell is not the main reason why i bought the parfume, but the uniqueness intrigued me to! 



    sebab dia smell different from kawang2 dia. dia berbau berasaskan herbs, greens, woody, spices = tungkek jugaklah. siot je.

    tapi aku selalu percaya (sambil muka ala ahli falsafah terkemuka dunia, aristotle) bahawa bau yang pelik, merupakan bau yang indah dan akan menjadi idola masyarakat. ewahhhhhh.


    ************************

    bau dia sikit2 macam anick goutal yang pernah aku bereksperimentasi sebelum ini. walau bagaimanapun, yang ini, harganya jauh lebih mampu-milik tetapi, tetap tidak dapat menandingi kekuatan bau ANGEL kesayangan gue.

    cik abe dugong aku tak tahu lagi yang aku beli haruman badan yang baru (gituww katanya). kalau lah di takdirkan tertangkap. KALAU ye. possibility untuk tidak masih ada...*berdoa dengan keras = pray hard*

    kalau tertangkap, aku dah ade jawapan baekk punya:

    "OHH...THIS IS FOR OUR WEDDING'S HANTARAN"


    BISKOT BERCAKAP: Oh ye, insya'allah, we are getting married soon. most probably, this November. *Pray hardddddddddd*


















    [......]

    Apa kabar?

    apakah perfume kegemaran anda?

    adakah anda jenis yang:

    1. setia pada satu perfume?

    2. main hentam keromo pakai semua perfume ikut selera hari tersebut?

    3. mana tangan sempat capai, itulah perfume yang dituju

    4. ikut mejlis - mejlis ilmu (pakai malaikat subuh), mejlis pesta muda mudi (pakai lah britney spears lalala aku pun tak tahu nama gapo)

    5. ikut bajet - kalau dah mampu beli perfume perisa strawberry yang dijual kat rak pasaraya besar giant, itu jelah bau paling sedap anda gomol?


    ************************

    AKU adalah jatuh dalam kategori:


    1. setia pada satu perfume.


    ALASAN

    (no explanation needed. sapo kau sampai sume orang nak tahu deii?)



    kegemaran sepanjang masa: all time favourites. http://www.surbuys.com




     ANGEL - THIERRY MUGLER

    aku sangat setia dengan perfume beraroma seductive chocolate macam nak ngap kalau lapar sejak awal tahun 2005 sampai sekarang. aku tak pernah tukar.


    setia bukan? sampaikan semua orang tahu, itu signature bau aku. kiranya angel dan aku tidak dapat dipisahkan. katanyaaa. kelasss kauuu.

    CIRI-CIRI PERFUME INI


    perfume ni lazat. aku berani cakap lazat sbb bau dia yummilicious. very seductive. hard to resist. tempting. goodness gracious...aummmm!

    aku adalah seorang wanita yang berciri independent, very independent, extrovert, outspoken, mempunyai self confidence yang sangat tinggi. mempunyai sifat separa masculine (ya..believe me). masculine disini hanya berlaku bila:

    1. memandu. di mana aku memandu dengan bayangan bahawa aku adalah paul walker dalam fast & furious. sumpah tak boleh blah.

    2. penglibatan dalam outdoor activities - backpacking, mountain-biking, badminton-ing, futsal-ing (gedik kan nak ING semua). 

    3. sometimes, attire aku bila pakai 3 pieces adalah lebih kepada gaya femi-masculine style. dengan suspender, vest, baggy-pants, sometimes aku pakai tie juger. :P

    don't get me wrong. kalau pakai baju kurung, sumpah ayu jah oiiii


    OK. disebabkan ciri-ciri ini, aku suka sangat pakai perfume ni. disebabkan perfume ini mempunyai ciri:

    1. Strong

    2. baunya, umagaiii, kau sembur pagi, sampai tido pun bau melekat jah oiii. tapi it depends lah kot. depends on keserasian kulit kau dgn perfume ni.

    3. angel adalah EDP. ciri yang sangat aku titik beratkan. aku rasa sangat tak berbaloi beli perfume mahal, pastu bau sekejapan je. rupanya adalah EDT. puii. membazir duit mak jah oii

    4. baunya mmg melambangkan personality aku. kelassssss. thierry mugler, sila bayar sedikit duit promosi kau pada kau yang telah mempromosikan perfume kamu. maigodd

    **************************************


    tetapi, satu je halangan perfume ni, harga dia, pada tahun 2005 lah ye, mahal lah pulak. 100 ml, bersamaan dengan 600++. bengkok ahkak ok. mujurlah perfume dia sekali picit, sampai malam tahan.


    disebabkan kemahalan perfume ini, pernah lah aku berlaku curang sepanjang perhubungan kami. kononnya sebab dia mahal dan cik abe aku pulak, dok sebok suruh aku try perfume lain. dah immune katanya.

    katanya nak cari lain sebab yang ini mahal. sekali aku beli, lagi mahal daaa.

    aku ni taste, konon taknak kalah dgn ratu elizabeth. puiii. 

    aku try annick goutal. range mana satu, sumpah aku tak ingat nama dia. malas aku nak lari pi amik botol perfume tu. harga dia, 700++ (BENGKOK MELEKAT). bau dia sikit2 macam bau ice lemon tea brand nestle. hahaha. ok. the one yang aku pakai ni, adalah signature perfume kegemarang tiara jacquelina. kiranya, kalau kau pernah bau dia, tempias2 bau tu, adalah pada aku. kuheheh.

    aku mmg suka perfume yang tak ramai orang pakai. maaf cakap, macam ralph lauren, DKNY, CK is a big NO NO. aku suka perfume yang outstanding dan ada its own class. PERASANNNN.


    disebabkan faktor mahal juga, aku kini sedang dalam usaha mengusha perfume channel. hmmm. disebabkan bakal laki aku, si abe gendut telah memberikan amaran bahawa perfume angel hanya boleh dipakai dirumah bila bersama suami (wow...kawin pun belum nyah). jadi, aku kena cari perfume yang less thick, less strong, and less expensive. hahahaha.

    ada dua je dalam pala otak aku skang ni:

    1. YSL

    2. CHANNEL

    hari hujan. jom pegi shopping perfumeeeee! weeeeee!


    ***************************


    TIPS GUNA PERFUME:

    1. jangan simpan koleksi perfume terlalu banyak sekali gus sebab perfume will evaporated if not being used. hence, rugi lah kau beli mahal2, kau saje nak bagi dia tersejat susu sejat pekat manis kan? hoho

    2. bila sembur perfume, sembur on skin, not on your clothes. focus kepada your nerves. cth: pergelangan tangan, pelipat siku, leher, cleavage, etc.

    3. bila dah sembur, for instance pada pergelangan tangan kanan, jangan kau pegi lesek baki perfume tu kat pergelangan tangan kiri pulak. ini memang favourite attitude rakyat kita. sayang, kau buat macam tu, perfume kau takkan kekal berbau. dia akan hilang baunya dalam masa yang pantas. kau sembur kat tangan kanan, then kau sembur pulak kat tangan kiri.


    ALLAH, jangan nak kedekut sangat takut perfume habis. kot tak habis perfume kau, kalau tak bau dia hilang, dia dok habis sebab tersejat membuta tuli begitu sahaja. mahu?


    4. jangan dok gatai sembur 2 3 perfume at one go sangat lah sayang oi. kalau tak orang sebelah kau muntah, mungkin kau yang mendahului senarai pemuntah terbanyak? 


    chill, nak wangi pun, kena ada kelasss ok. jangan nak gelojoh sangat.


    ******************
    BISKOT BERCAKAP: hari dah hujan, jom beli perfume yok!




     
    [......]

    Apa kabar?

    apa teknik pengurusan masa kamu? 

    mine is - dalam masa 12 minit, mesti siapkan satu task. 

    reward - rehat 1 minit.

    Result - sah2 lah jadi pekerja paling cemerlang. kuheh.




    pengurusan masa. bukan satu jawatan kosong. gambar dipetik dari http://www.writeforhr.com



    **********************

    tapi, TEKNIK hanyalah ciptaan manusia.

    manusia yang selalunya mengelat buat apa yang dah dirancang.

    sebagai contoh, dalam planner hari ni, aku rancang akan siapkan proposal workshop management.

    hasilnya, pada jam 12 malam ini, baru siap COVER proposal.


    T_____________________T


    teknik lah sangat jah oiii.

    ******************************

    ALASAN:

    1. abang aku sekeluarga datang menjengah mak ngan ayah aku sebelum diorang berlepas pergi germany. almaklumlah, anak jantan diorang tu, memang pujaan hati mak ayah aku daaa...(kasi can lah. skang aku takde anak lagi, boleh lah korang bolot semua perhatian mak aku...luahan hati gadis tak kawin tapi berangan lebih)


    2. dah alang2 diorang bertepek datang, aku nak tanak, mulalah masak serba sedikit, kesian orang datang rumah tak jamu apo2. walau pun kau balik rumah mak pak kau sendiri.


    3. dah masak, aku pegi main dgn budak kecik lelaki yang suka main2 pengsan bila suruh makan ubat. tup tap tup tap, dah jam 12. ni aku baru je lepas basuh pinggan mangkuk ni hah lepas acara lambaian mesra ala flashmob versi kampung sungai bulu.

    4. dan sekarang, aku hapdet blog. elok lah kan? 


    *******************************

    soalannya:


    BILAKAH KERJA AKU AKAN SIAP? 


    taip ON SIAPKAN KERJA dan hantar ke 33608 sekarang juga.


    INGAT! taip ON SIAPKAN KERJA dan hantar ke 33608 sekarang juga.









    BISKOT BERCAKAP: kalau telepon kau bangsa takde kredit manjang, toksahlah kau rajin nak meng-SMS no ni. buat kena gelak dengan operator je hah.









    [......]

    Apa kabar,

    Tengah aku syok menghabiskan sisa cuti raya sambil dok sebok buat kerja2 opis, aku teringat satu karangan yang pernah aku baca dan sumpah aku tak paham walau 5 kali aku mentelaah.

    sampai naik buntu, naik angin, naik kapal terbang je belum. mujur adik lelaki aku (mungkin level pemikiran yang sama. kuheheh) yang tolong selesaikan misteri karangan tersebut yawwwww...


    **********************************************************

    KARANGAN DALAM BAHASA PENJAJAH


    ......my parents magnified me......

    *IBU BAPA SAYA MEMBESARKAN SAYA. magnifying glass kan tujuannya membesarkan objek kecil menjadi besar yawwww....kelasss kau ayat dia. kau ado?



    ........now i am in love with mohd riduan. he is my boyfriend since I am 19 years old. actually, me and my boyfriend container are not really good together.....

    *bekas teman lelaki. CONTAINER adalah bekas bukan? water container, food container..nasib dia tak cakap my boyfriend tupperware. PANG PANG PANG muka sendiri laju2. puiii


    gambar diambil dari http://www.bikerumor.com/2009/07/02/and-more-environmentally-sound-food-containers/



    ********************************

    banyak lagi ayat dia yang sangat pelik dan menyayat hati. nanti lah. kalau jumpa, aku share sama kamu semua. 

    haip, jangan gelakkan orang. berdosa tauuu.


    BISKOT BERCAKAP: belajor le membaca buku bahasa inggeris lebih sikit cik adik oiii. i feel shame-shame reading your writing lah. T______________T



    [......]

    Apa kabar?

    aku dengar, ramai yang stuck dalam kesesakan lalulintas (hambik kau bahasa, kelassss ok) lebih dari 13 jam? 

    GILO APO?

    tak aihhh. takde gila. ini memang kenyataan. normal scenario bila menjelangnya aidilfitri. 

    OK. KES INI HANYA BERKUATKUASA BAGI NEGERI KELATE. republic of KELATE.

    haha.

    ********************************



    Ini budu. all time favorite aku. aku mabil gambar ini dari sini: http://imageshack.us/photo/my-images/337/budu1.jpg/


    aku sendiri experience benda ni. sebab aku pun baru je balik dari kelate. 

    dah bertahun2 tak balik kelate masa musim raya itself. selalunya family aku bantai balik kelate one week after raya. barulah boleh feeling-feeling shopping kat luar negara - SIAM. :p

    *********************************

    sepupu aku yang jauh lebih muda dari aku (perlu jugak disebut di sini kan? umpama sengaja membakar jiwa sendiri), pi gatal kawin sabtu lepas. dalam banyak2 hari, kau gatal nak kawin time raya jugak.

    kau bukan tak tahu yang kesukaan aku adalah MEMANDU TANPA JAM? hah? - mabuk tuak kejap.

    disebabkan cik kak ni dah menggeletis sangat nak kawin, atau dalam bahasa KELATE, gelenya nok kawin, tu yang kitorang satu family pakat balik sana pada raya pertama (percayalah, raya pertama ke, raya eve ka, 3 hari sebelum raya ka, jalan memang tidak begitu baik hati dengan kau). 

    asalnya jalan agak clear, pada jam 6 pagi. boleh lah bantai 140km/jam. tapi dah start masuk kuala krai, dah nampak dah tanda2 kesesakang. kesesakang yang hampir membuatkan kereta berasap, minyak habis, air cond dah patut tukar nama jadi heater, dan dari muka manis semasa memandu, terus carutan manis2 masam terlontar keluar dari mulut mungil pemandu. ewahh.

    mujurlah tak lama sangat. sbb jam start dari kuala krai dekat dgn machang. mujur kg aku kat pasir putih. takde lah aku merasa sangat ketiak berpeluh mengalir dan menghasilkan ketiak baju warna kuning2 raja...puiii.

    ************************************

    tadi aku baru balik KL. mujurlah tak jam, cuma kereta banyak dan macam biasak, agak slow sbb mesti lah ade kereta yang tak berapa nak laju yang menyebabkan 40 bijik kereta kat belakang semua dok tekan break lebih banyak dari tekan gas pedal. 

    *************************************

    ape pun, alhamdulillah, aku sekeluarga selamat sampai rumah. haishh..lepas ni nak kena pg buat servis tanda protest sbb habis chamber tayar aku ok. jalan sumpah burok. tak mauu cakap lagi...(buat muka merajuk. dah macam kain burok)

    skang, aku tgh sebok siapkan kerja opis. tapi badan aku sume dah macam sakit2 sendi. sejuk2. maybe aku nak demam. 

    TAMBAH CUTI SAMPAI SENIN DEPAN BOS! 


    jangan berangan sangat salmah oiii...


    BISKOT BERCAKAP: suka tau bawak kereta kat jalan kecil. feeling2 fast and furious :P


    [......]