Apa khabar?
senangnya nak buat pahala.
aku berkesempatan berborak dgn one of senior colleague aku. seorang lelaki yang dah layak duduk rumah, goyang kaki, baca surat kabaq, tunggu pencen mai bulan-bulan.
"kau tak rasa jealous tgk si JESSICA ALBA (sudah pasti nama rekaan aku sendiri) tu dah kawin? kau tanak merasa senangnya mendapat pahala ke?"
iye. senang bagi wanita untuk mendapat pahala. dan senang jugak untuk mengumpul jumlah dosa berlipat ganda.
kau senyum pada suami - ka'ching*
kau kenyit mata kat suami - ka'ching
belum lagi kau potong bawang sebab nak masakkan nasik tomato untuk suami - ka'ching ka'ching!
*bukan kancing gigi yer.
hey! senangnya nak dapat pahala!
tapi benda senang, memang susah nak laksanakan. bak kata orang, benda elok, haishh, susahnya nak buat. cuba kalau soh buat maksiat. menonong laju clear je jalan. takde rintangan. traffic light semua hijau lah kalau ikut metaphornya.
sebab itu, ramai antara kita, masih tidak berkahwin, walaupun usia sudah lanjut (bagi wanita lah ye. kau lelaki, kau duduk diam2 baca dalam hati. kemam ilmu ini dan cerita pada pasangan kau nanti). mungkin memang ada yang memilih untuk tidak berkahwin, atau memang nak kawin lambat disebabkan nak enjoy masa muda dan single, ada jugak alasan nak focus kepada kerja. pelbagai manusia, berbagai alasan. semua ada reason sendiri.
tapi, ada jugak yang nakkkk sangat kawin, tetapi mungkin jodoh dia tidak jugak2 sampai. secara logik, sape tanak kawin? siapa? kalau untuk wanita, berkahwin akan melengkapkan hidup mereka sebagai wanita. menyempurnakan lagi hidup mereka.
bagi kes ini, nakkk sangat kawin. bila nak sangat, bermaksud, dia mempunyai keinginan, tetapi terdapat halangan, sama ada halangan yang kita nampak seperti cth adanya nyonya-mansor-wannabe di dalam drama kehidupan anda. ada juga kerana masih tidak mempunyai wang mencukupi untuk menanggung perbelanjaan perkahwinan. al-maklumlah. zaman sekarang ni, takde duit, pegi kau puasa sunat sana diam2, tahan lah napsu serakah kamu tu! kau tak boleh suka2 buat sistem barter. nak khemah, kau tukar dengan pelapik kaki, memang sah-sah kau bukan saja tak dapat khemah, kau bakal dapat tapak kaki sebagai penyeri di pipi.
ada jugak yang tak dapat kawin disebabkan mungkin dia sebenarnya terlupa yang dia masih darjah 3. masih ada beberapa belas tahun lagi untuk membolehkan dia berkahwin, mengikut undeng-undeng Malaysia. Kalau ikut Islam, rasanya boleh, sila maafkan aku kalau salah. saya jahil sedikit. (Ini kes budak-budak sekolah kemaruk bercinta, terbang segala bagai buku teks. lupa diri esok nak duduk mengadap exam UPSR).
tetapi, bak kata aku tadi, benda elok lagi senang dan menyenangkan ini, memang akan mendapat halangan dan rintangan. sebab ape? sebab, setan azazil ni, memang bangsa takkan kasi chance kita nak dapat pahala berlipat kali ganda free-free je ok! mana ade benda free yang best dalam dunia ni? ado? takdo lagi rasanya. mungkin dulu. itupun beli tora, dapat teropng ajaib warna hijau kelat. sengih sepanjang hari kalau dapat benda alah ni, tanda hebat sangatlah nih.
dugaannya. dugaan. nak dapat benda best, mmg susah. kena usaha lebih. gigih lagi. bertahan. bertahan. bertahan.
maunya si setan azazil tak menggelupur sudu. kau kawin, kau solat jemaah je, 27 kali ganda pahala kau dapat. lagi banyak kau buat, lebih banyak mata pahala terkumpul. senang-senang lah dapat mengcover dosa-dosa yang terdahulu (janji kau taubat lah ye. insaf dulu). dengkilah setan laknat. mana boleh beb. where got road?
itu yang mungkin antara puncanya ramai lagi antara kita masih dokkk terkebil kebil, tercebik cebik melayan wayang melayu 3,2,1 CINTA sorang-sorang. pedih kot rasanya. pedih. sendirian menonton cerita cinta? arghhhh.
oleh itu, aku rasa cara paling baik untuk mengatasi masalah yang takde penghujungnya dengan si setan azazil ini adalah dengan:
1. sentiasa yakin dengan kekuasaan Allah
2. membuang rasa was2
3. berani dan yakin dengan diri sendiri
4. memasang niat yang elok untuk berkahwin..us'solli...
5. sentiasa berusaha dan berdoa pada Allah
6. sentiasa memperbaiki diri dan perhubungan
7. mencintai seseorang dengan ikhlas, kerana Allah Taala.
8. sentiasa kena bersyukur, redha dengan ketentuan Allah
Ingat!
setiap yang berlaku itu, ada hikmahnya. Allah dah plan baekkk punya untuk kita, our journey of life. kalau tak dapat sekarang, maybe sebab Allah nak kasi kita yang lebih bagus dari yang ada sekarang.
atau kita boleh tgk dari segi lain iaitu:
Allah mungkin nak kita meluangkan masa dengan lebih banyak dengan ibubapa kita.
Allah mahu kita belajar menerima dugaan dengan hati penuh tawaduk dan redha.
mungkin inilah masanya untuk kita fokus kepada kerjaya atau pelajaran contohnya. dan bila esok-esok kamu dah kawin, ha, dah boleh rileks sikit sebab kau dah banyak habiskan masa sebelum ini untuk peningkatan kerjaya etc.
Allah knows best.
bukannya senang nak senang.
cuma berfikirlah positif wahai si anak-dara-tak-berapa-muda. bukan kamu tak laku. bukan jugak kamu ni golongan yang terpinggir. tetapi, Allah sayang kamu lebih, maka Allah nak kita spend more time with HIM. dan mengunakan platform ini untuk memperbaiki kelemahan kita.
bagi kamu yang sedang membaca, jangan laju sangat nak judge perempuan lambat kawin ni dengan segala macam cerita fiksyen rekaan kamu sendiri:
1. ni sure tak kawin sebab memilih sangat
2. high maintenance dia tu. patutlah tak de sapa berani nak masuk meminang
3. lagi kronik:
" pasai pa hang tak kawin lagi ni? hang ni toksah nak ikut trend sangat aihh. toksah dok nak jadi geng dok kawin lambat tu."
- SAPA NAK IKUT TREND CEK OI? TREND TU KALAU DIIKUT, TANDA SUKA. INI AKU TAK SUKA LAH MAMBANG!
4. terlebih kronik:
" i dulu PUN kawin lambat jugak. sebab depa tengok muka i ni, macam tak suka perempuan. macam takda perasaan (baca ala mamu sikit naa). sampai depa panggil i MAEL (semestinya bukan nama sebenaq) GAY. takpaa lah...sabaqqq"
- MOTIF? AKU GAY KAH MAEL?
jika kita lihat dari sudut positif, syukur. ramai runsing kan kita. tu yang dok sebok risau gelupur kita tak kawin lagi. sampai tido malam, mungkin terjaga-jagalah. sampai boleh lah buat pertandingan slogan kreatif KENAPA SI DIA TIDAK KAWEN LAGI? dan menangi percutian 3 hari 2 malam di hotel seri meresing, silap hari bulan, kena lesing. heh.kelaut.
siapa taknak pahala mudah. berlipat ganda. siapa taknak hidup bahagia, dapat keredhaan Allah.
mungkin, setan dengki habih kat dia sebab tahu, kalau dia ni kawin, confirm dia ni akan menang award kategori isteri mithali sampai mati! tu yang setan dok try pangkah si jantan dari masuk minang tu kot. mampuih lah setan takde keja dah lepas niii.
haish...geram pulak aku bila cerita pasal kawin ni. KAWEN JOM! he :)
Categories:
Post a Comment