apa khabar?
hati aku tersentuh. nak gugur air mata aku bila sepotong ayat terjemahan Quran (maaf. aku tak pasti, atau Hadith) dibacakan oleh seorang penceramah dari YAPEIM (Yayasan Pembangunan Islam Malaysia).
yang lebih kurang berbunyi:
Allah berfirman: Aku merayu pada hambaKu agar memberikan sedikit daripada harta mereka kepada Aku, nescaya akan Aku berikan pulangan beribu kali ganda.
Lebih kurang begitu maksud ayat tersebut.
penceramah menekankan tonasi suaranya pada baris MERAYU PADA HAMBAKU. lontaran suara penceramah, emosinya, memang meruntun hati aku. aku rasa, rata2 mereka yang ada dalam dewan tersebut, pasti merasakan benda yang sama. (aku harap begitulah. sebab agak ramai gak yang dok sebok makan cikedis, main BBM, kelebet telinga kawan sebelah. haish).
kalau tadi, hati aku teruntun, sekarang, aku mmg ketap bibir sebab tahan sebak:
"layakkah Allah yang mencipta kita, merayu pada kita? siapalah kita untuk Allah merayu? harta yang di minta, datang daripadaNya, kenapa kita masih berkira-kira untuk membelanjakan harta kita ke jalan Allah? bukan kah Allah dah berjanji dalam ayat ini, bahawa Dia akan memberikan pulangan berlipat ganda?"
ya Allah. insaf aku. ye. siapalah aku untuk Allah merayu sebegitu. Aku memang rasa aku manusia paling hina kalau aku membiarkan Allah merayu pada aku. aku tak nak. dan aku takkan.
harta apa yang dibincangkan disini?
sedekah. amal jariah. membelanjakan sedikit daripada harta kita ke jalan Allah.
aku yakin, ramai antara kita, memang murah hati. dermawan. mempunyai sifat belas ihsan yang tinggi.
kita senang tersentuh dengan nasib mereka yang susah. kalau tak, takkan lah program 'Bersamamu' boleh bertahan sikit punya lama? rating hebat. tabung derma pun, cepat je terisi.
tak dinafikan bukan?
tapi, ramai jugak antara kita, dalam sebak-sebek dok menghayati kesusahan orang miskin kat pedalam ceruk tok kun mana ntah tu, berbisik dalam hati:
"kalau aku ada duit lebih, aku mesti tolong diorang ni! tapi itulah, duit aku pun tak cukup. mana nak beli pampers anak, susu enfa-fafa 3Q, biskot digestive keluaran luar negara, bayar bil letrik, duit kereta, air, indah water lagi..haishh"
- panjang pulak monolog dalaman dia ekk? heh
KALAU ADA DUIT LEBIH
Allah dah berikan kita rezeki dan rezeki itu kau masih kata tak cukup, sampaikan kau boleh kata KALAU AKU ADA DUIT LEBIH.
adakah ini bermaksud, kita masih nak kata, rezeki Allah kasi tu, tak cukup?
sama macam kita selalu cakap:
"Aku tak cukup masalah nak buat semua benda ni. Hai. kenapalah ada 24 jam. kan elok sehari ada 48 jam. jam tangan, jam rolex. jam omega..."
Semua yang Allah bagi pada kita, dah cantik dirancang. Allah Maha Sempurna. tiada benda yang dijadikanNya tidak sempurna. dan setiap kejadian, pasti ada sebab musabab, pasti ada hikmahNya.
kalau orang lain boleh manage bermacam jenis kerja dalam sehari, kenapa kita dok asyik bersungut sesungut nak mintak jam tambahan? asyik mintak tambah, bukan siap jugak kerja kau. lagi bagi, lagi kau bertangguh. sifat manusia. begitulah.
sebelum aku terlajak ke laut, baik aku kembali ke perkara asal. topik asal.
KALAU ADA DUIT LEBIH.
adakah kita nak kata, Allah bagi rezeki kat kita tu, tak cukup? hey. Allah takkan kejam dengan hambaNya. Dia takkan menyusahkan kita. kita je kot asyikk lupa kat Dia. malu lah sket. BOOO.
Allah takkan bebankan kita dengan sesuatu yang kita tak mampu nak hadapi. dan Allah, semestinya tahu, bahawa rezeki yang dia bagi kat kau tetiap bulan tu, adalah cukup.
jadi, tiada istilah KALAU ADA DUIT LEBIH. sebab Allah dah kata, bersedekahlah. sedekah. sedekah lah sikit rezeki kita dengan orang yang memerlukan. dan sebab itu jugak adanya zakat. sebagai salah satu cara untuk kita berikan sedikit daripada harta kita kepada yang memerlukan.
disebabkan kita ni asyik dok KALAU ADA DUIT..LALALA...tu yang Allah dok kena merayu kat kita. sebab ape? sebab Dia tahu, kita ni akan liat bab-bab sebegini. Awat lah kita ni semua ni? mai god. dush. penampar sebijik.
kita kena percaya, kalau kita dahulukan sedekah, nescaya Allah akan kasi duit berlipat lepat, berkoyan-koyan harta kat kau. sampai kau nak simpan dalam peti besi pun tak muatlah kalau kau ni hidup zaman Ali Baba Bujang Lapuk.
dahulukan KEBAJIKAN. bukan kah bila kita mati, hanya amal jariah, sedekah dan doa anak yang soleh/solehah sahaja bekalan kita nak bawak di akhirat kelak?
sedekahlah. kau takkan papa kalau kau berikan sedikit daripada harta kau kepada yang memerlukan.
tak perlu lah sampai kau kena jual rumah, bagi duit hasil jual rumah kat si polan yang kau tgk dalam Bersamamu, pastu kau, tinggal bawah kolong.
itu bukan sedekah. itu stupid namanya.
haish. bagi sekadar termampu. amik sedikit portion daripada gaji bulanan kau, allocate siap-siap sama macam kau allocate untuk bayar duit kete, duit kutu, duit installment pinggan mangkuk, tapauware, etc.
biar jumlahnya sikit. janji kau ikhlas. kau jangan pulak buat sambil dok tersengih tunggu BILALAH ALLAH NAK KASI DUIT BERLIPAT GANDA NIH? haishh..tak sabar rasanya. dah berapa haribulan dah nih? agaknya, aku dapat dalam bentuk cek, atau terus masuk dalam account CIMB aku? hmmm
HEK LU!
ini pun kategori tak ikhlas. kau buat sebab kau nak dapat sesuatu in return. iye. memang.
tetapi, bukankah elok kau buat demi mendapat keredhaan Allah di dunia dan akhirat. buat kerana kau adalah manusia yang rendah hati. yang sedar bahawa kau perlu membantu mereka yang memerlukan. kau ni kira wakil jawatankuasa kebajikan yang telah Allah lantik di bumi ni. camtu lah. kalau kau nak feeling-feeling best, kau lantiklah diri kau jadi president. kalau hari ni dah president, minggu depan, kau try pulak jadi setiausaha. dah bosan, kau jadi bendahari. SUDAHH. jangan kelaut sangat....
dengan bersedekah, sekurang-kurangnya, kita dapat menyucikan rezeki kita. manalah tahu, iyelah. kita ni manusia. tak lari dari buat maksiat. kecik besar, musti ado.
maksiat di sini, bukan maksiat yang aku tahu kau tgh dok imagine dalam kepala hotak kamu itu. tetapi maksiat - dosa yang kita selalunya terjebak, tapi kita mungkin tak sedar.
alahai, contoh, salah guna harta pejabat. tercurik tulang masa kerja. terponteng kerja sebab kena lari amik anak kat nursery sebab gusi bengkak.
adakah kau tahu bahawa curik mencurik perkara kecil ini, sebenarnya, tidak elok? kau amik masa bekerja untuk curik2 jap tgk website air asia. maklumlah. cuti sekolah dah dekat. nak usha tiket murah bawak anak2 naik kapal terbang. dah bingit telinga anak-anak dok tuntut nak naik kapal terbang.
kau tahu tak bahawa benda itu dikira penyalah gunaan kuasa? dan itu tanda kita tak amanah dalam menjalankan tugas. bila tak amanah, rejeki kau tidak halal. rejeki tak halal, bila di makan, jadi darah daging. dapat pulak anak, kasi anak makan dengan duit ni. anak membesar, jadi mat rempit.
besar implikasinya bukan?
sebab itu, sedekah antara perkara yang dapat menyucikan rezeki kita. in a way. tapi jangan kau ponteng kerja sekali, kau bantai pergi derma duit sebab nak cover time ponteng kau tu. esok, kau ponteng lagi, kau sedekah lagi. kau buat macam ni, aku hantar geng mat rempit, lenyek perut kau ye sayang?
kau jugak mesti perasan satu benda. selalunya, kalau kita rajin bersedekah, time kita tengah sesak2, ade je Allah kasi rezeki datang dari entah mana ntah. rupanya si polan dulu hutang kau, time ni pulak dia bayar hutang. haishh. lega sikit rasanya. syukur alhamdulillah.
biasa tak kau experience benda ni?
tengok? inilah the wonders of bersedekah.
jangan kedekut. jangan takut duit habis. lagi kamu kepam duit kamu, lagi habis duit kamu.
memang pepatah ada kata, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. tapi kalau si kedekut yang amalkan ni, memang sikit-sikit, lama-lama awat makin sikit duit aku?
HAHA. BOOHOOO!
Categories:
Post a Comment